web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terbuka Perancis, Lee Zii Jia Tersingkir Awal

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2021 7:30AM

Lee Zii Jia - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia menerima kejutan besar selepas beliau disingkirkan awal dalam Kejohanan Terbuka Perancis 2021, oleh pemain bukan pilihan  Loh Kean Yew dari Singapura.

Pemain ranking ke-40 dunia, Kean Yew menewaskan pemain pilihan ketujuh, Zii Jia straight set 24-22, 21-14 dalam perlawanan pusingan pertama yang berlangsung selama 39 minit di  Stade Pierre de Coubertin, Paris.

Kekalahan mengejut itu bermakna Zii Jia yang juga Juara All England 2021 masih bergelut untuk mendapatkan kembali rentak permainannya selepas ditewaskan pemenang pingat emas Olimpik, Victor Axelsen dalam suku akhir Terbuka Denmark 19-21, 19-21.   

Dalam kategori beregu lelaki, pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo,  Aaron Chia-Soh Wooi Yik  melangkah ke peringkat seterusnya selepas mereka menumpaskan gandingan profesional baharu  Goh V Shem-Low Juan Shen, 25-23, 21-12.

Dalam pusingan kedua, Aaron-Wooi Yik bakal berhadapan  beregu Thailand Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren atau pasangan tuan rumah  Lucas Corvee-Ronan Labar yang akan bertemu dalam perlawanan yang berlangsung kemudian.

Sementara itu, beregu wanita negara,  Lee Meng Yean-Yap Cheng Wen menewaskan pasangan Ukraine,  Mariia Stoliarenko-Yelyzaveta Zharka, 21-12, 21-17 untuk melangkah ke perlawanan seterusnya sama ada berhadapan satu lagi beregu tuan rumah Margot Lambert-Anne Tran atau pilihan keenam Chloe Birch-Lauren Smith dari England.

Dalam kategori beregu campuran, pasangan pilihan kedua dari Indonesia, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti menewaskan pasangan Malaysia, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei  22-20, 21-19 dalam satu pertarungan yang sengit. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad