web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Chelsea Belasah Norwich, Man City Selesa Tumpaskan Brighton

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2021 8:37AM

Mount bersama bola permainan selepas menjaringkan hatrik menentang Norwich. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Chelsea membuka jurang dua mata di puncak Liga Perdana Inggeris selepas membelasah Norwich 7-0, manakala Phil Foden membantu Manchester City menumpaskan Brighton 4-1 untuk naik ke tangga kedua carta liga.

Chelsea tampak selesa walaupun tanpa kelibat dua penyerang utama Romelu Lukaku dan Timo Werner dengan Mason Mount menjaringkan hatrik untuk Chelsea di Stamford Bridge.

Mount membuka jaringan pada minit kelapan dan melengkapkan hatriknya di akhir aksi perlawanan selepas Ben Gibson dibuang padang.

Callum Hudson-Odoi, Reece James dan Ben Chilwell juga meletakkan nama sebagai penjaring gol untuk pasukan kendalian Thomas Tuchel.

Gol sendiri Max Aarons menceritakan hari duka untuk The Canaries.

Di Stadium Amex pula, Manchester City menunjukkan mereka mahu mempertahankan kejuaraan liga dengan persembahan yang mantap.

City mendahului selepas Ilkay Gundogan menyudahkan bola muntah daripada penjaga gol Brighton Robert Sanchez.

Foden kemudian menambah jaringan City.

Tiga minit kemudian rembatan Jack Grealish ditahan dan jatuh di depan Gabriel Jesus yang juga melakukan rembatan yang terkena Foden dan masuk ke dalam gawang Brighton.

Alex Mac Allister menjaringkan gol sagu hati Brighton daripada sepakan penalti selepas Ederson menjatuhkan Enock Mwepu.

Riyad Mahrez melengkapkan jaringan buat City di masa kecederaan. - AFP

Keputusan lain:

Southampton 2 Burnley 2

Everton 2 Watford 5

Leeds 1 Wolves 1

Crystal Palace 1 Newcastle 1

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar