Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mencipta Nilai Bola Sepak Wanita

"Kita kena cipta nilai kepada sukan bola sepak wanita. Bila orang ramai dapat merasakan nilainya, mereka akan berminat dan kita juga perlu pupuk minat ini" - Mutiara Bahir

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2021 6:19PM

Gambar: Instagram @famalaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Saya bukan pemain bola sepak,” kata Mutiara. 

“Ramai orang sangka, kerana saya terlibat dengan bola sepak, saya juga aktif bermain. Tapi sebenarnya, tidak!”

Begitulah kata Mutiara Bahir, anak muda berasal dari Kuantan, memulakan bicara dengan penulis melalui Zoom baru-baru ini.

Bagi mereka yang aktif dengan sukan bola sepak peringkat akar umbi atau amatur di Lembah Klang, kelibat Mutiara bukanlah sesuatu yang asing.

Tapi dalam pada itu, kehadiran beliau sesuatu yang unik: dia merupakan satu-satunya wanita yang mengurus pasukan bola sepak amatur serta turut aktif dalam usaha membangunkan bola sepak wanita di Malaysia.

Pasukan yang diurus Mutiara, Challo FC, adalah pasukan amatur yang bermain dalam liga amatur di sekitar Lembah Klang.

Penglibatan beliau dalam pasukan ini sebenarnya berlaku hampir secara tidak sengaja. Sebagai kelab amatur, apakah lazim sebenarnya kelab amatur ada pengurus?

“Bagi Challo FC, kami bukan sekadar bermain bola sepak. Kami juga ada menjalankan kempen, ada kolaborasi dengan berbagai pihak, jadi ini juga sebahagian dari pengurusan sesebuah kelab,” jawabnya.

Perspektif ini begitu menarik, kerana ramai mungkin belum sedar tentang kompleksiti ekosistem bola sepak - atau pun apa-apa sukan.

Ia bukannya sekadar penglibatan para pemain, tetapi begitu banyak aspek-aspek berbeza. Inilah yang menarik Mutiara melibatkan diri dalam pengurusan bola sepak.

“Banyak cara yang ada untuk kita melibatkan diri dengan usaha ini,” ujar Mutiara. “Saya gemar bekerjasama dengan semua pihak untuk menjadikan apa yang diimpikan suatu realiti.”

Bagi beliau, apabila kita menyokong sesebuah pasukan, bukan sekadar hadir di stadium untuk menonton perlawanan, tetapi menyokong keseluruhan perusahaan kelab itu.

“Jualan jersi contohnya- kita mahu pasukan yang kita sokong, malahan semua pasukan, mempunyai sumber kewangan yang malar.

“Jadi saya akan cuba sokong dengan membeli, walaupun kadang-kadang ada pihak mahu memberi secara percuma. Bukan itu sahaja, kita juga boleh memberi sokongan dari segi kepakaran yang kita ada juga,” jelasnya.

Adakah Mutiara bercita-cita membawa Challo FC ke liga yang lebih tinggi? “Tidak buat masa sekarang,” katanya ikhlas.

“Dahulu memang ada juga hasrat, kerana semua orang ada impian tersendiri, tetapi melihat kepada apa yang kami ada dan apa yang kami tidak ada - kalau dapat bermain dalam Selangor Champions League pun, sudah cukup baik.”

(Bagi sesebuah pasukan amatur yang masuk ke dalam piramida liga MFL, ramai yang tidak tahu bahawa ia memakan kos yang tinggi dan lonjakan kos bagi pasukan yang berada di Liga M4 yang berjaya naik ke Liga M3 bukan sedikit. Ini antara masalah kelestarian kewangan yang dihadapi oleh banyak pasukan bola sepak kecil di Malaysia.)

Untuk menjadi pengurus yang baik, Mutiara bersedia mendalami ilmu dari pelbagai perspektif berbeza.

Dari segi sukan, Mutiara mempunyai sijil kejurulatihan Sains Sukan Level 1 dari ISN untuk High Performing Coach dan juga Lesen Kejurulatihan D serta Sijil Kejurulatihan Grassroots dari FAM.

Bukan kerana ingin menjadi jurulatih, tetapi baginya, sebagai seorang pengurus sukan bola sepak, sangat penting untuk memahami semua aspek - dari segi teknikal, pengurusan kewangan, pembangunan sukan dan sebagainya.

Baru-baru ini, beliau pula telah mendaftarkan diri untuk kursus Masters in Sports Management and Legal Skills bersama FC Barcelona di ISDE Law School.

Pengajian beliau masih belum tamat tetapi beliau begitu bersyukur dengan rakan sekelas dan pensyarah yang sangat membantu. Semua ini atas usaha dan sumber kewangan beliau sendiri. 

Perbualan kemudian beralih kepada usaha memartabatkan sukan bola sepak wanita, satu topik yang dekat di hati penulis dan Mutiara.

Ketika temu bual ini diadakan pasukan bola sepak wanita Malaysia baru sahaja menamatkan pertandingan kelayakan Piala Asia / Dunia di Palestin. Mutiara berkongsi kekecewaan beliau tentang cara sukan bola sepak wanita - dan sukan wanita amnya - dinilai rendah di Malaysia.

“Semasa saya mendapat tahu tentang jadual perlawanan mereka, saya bertanya kepada rakan saya di Astro - ada siaran langsung tak? Tak ada, jawab kawan saya. Jadi saya bertanya dengan kawan media yang lain.

“Saya terus mencari di mana dapat ditonton perlawanan tersebut. Kalau orang lain tak kisah, tak apa, biar saya yang mencari. Akhirnya, Alhamdulilah, Astro siarkan.”

Ini juga membangkitkan soal nilai - kenapakah atlet yang membawa panji-panji negara tidak dinilai secara setara semuanya?

Apa komen Mutiara tentang prestasi dan usaha pasukan kebangsaan wanita?

“Saya rasa, menang atau kalah atas padang, kita tetap menang. Saya tak boleh komen sangat tentang sudut teknikal, tetapi dari segi ciptaan nilai, dua perlawanan ini telah melahirkan minat orang ramai. Jadi kita nak bawa ke mana bila nilai ini sudah ada?”

“Kita sudah bersedia untuk ada liga wanita kita sendiri - tak perlu canggih sangat asalkan boleh berfungsi. Yang perlu, ada minat, ada nilai, ada ruang untuk bakat berkembang.

“Kita ada semua ini. Cuma perlu tukar pemikiran sedikit tentang apa yang perlu dilakukan seterusnya agar sukan ini bukan sahaja boleh bertahan tetapi terus berkembang.

“Kita kena cipta nilai kepada sukan bola sepak wanita. Bila orang ramai dapat merasakan nilainya, mereka akan berminat dan kita juga perlu pupuk minat ini.

“Buat masa sekarang saya lihat minat terhadap sukan ini masih dalam kalangan peminat lelaki.

“Jadi, bagaimana untuk mengubah ini? Kita perlu hebahkan bahawa ada padang untuk wanita bermain bola sepak, ada ruang selamat untuk bermain. Kalau tak minat bermain, mungkin juga boleh memberi sokongan untuk anak perempuan kita.”

Hakikatnya, kita sebagai peminat hanya dapat melihat ‘tip of the iceberg’, sedangkan usaha yang berlaku di luar tontonan umum itu sangat penting.

Isu seperti fasiliti latihan yang baik, wujudnya liga profesional atau semi-profesional yang membolehkan para pemain bermain secara konsisten, serta sokongan kewangan dari para penaja masih berkurangan.

Usaha memartabatkan bola sepak wanita bukan kerja satu pihak sahaja - kita perlu sama-sama berusaha untuk mencipta nilai untuk sukan ini, supaya ia dapat berkembang.

Sepertimana yang pernah dibangkitkan dalam kolum ini sebelumnya, sesuatu sukan itu bukanlah sekadar atletnya sahaja, tetapi terdiri juga dari usaha belakang tabir yang kurang glamor: jurulatih, pegawai nutrisi, pengusaha tapak dan padang, jurugambar dan ramai lagi.

Ini masih didominasi oleh kaum lelaki, dan salah satu cara untuk mempertingkatkan penglibatan wanita ialah dengan memberi peluang untuk mereka memainkan peranan-peranan ini.

Mengenal pasti perlunya ada jaringan bagi menghubungkan semua pihak yang terlibat dalam bola sepak, Mutiara menubuhkan Women in Football Malaysia bersama beberapa orang lain, sebagai platform yang boleh menyatukan usaha mempertingkatkan dan memartabatkan sukan bola sepak wanita di Malaysia. 

Salah satu usaha WIF ialah karnival sukan bola sepak wanita di Pulau Pinang yang bakal berlangsung pada awal Disember ini.

Antara keunikan acara ini ialah usaha WIF untuk mengetengahkan bakat wanita dalam semua aspek ekosistem bola sepak: dari pengacara, ke pembekal makanan, ke physiotherapist, ke penulis - semuanya wanita.

Mereka yang berminat dalam sukan bola sepak boleh menghadiri ‘networking event’ di Pulau Pinang pada malam 4 Disember. Untuk maklumat lanjut, boleh soroti laman Instagram dan Twitter WIF Malaysia. - Getaran, 16 September 2021

Gambar: Ihsan Mutiara Bahir, kecuali tertera

Isu Pada

Dynas Tiada Gentar

16 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Sukan 13 jam yang lalu

Aksi ‘Battle Of The Reds’ Gamit Memori - David James

Semasa 1 jam yang lalu

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Tembakan Di KLIA: Hafizul Hawari Tak Mengaku Salah Cuba Bunuh Isteri

Sukan 6 jam yang lalu

Piala Thomas: Zii Jia Ketepikan 'Kegoyahan' Kem Perseorangan Lelaki Negara