web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bottas Juara GP Turki, Verstappen Kembali Mendahului Hamilton

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Oct 2021 9:01AM

Bottas menjulang trofi juara GP Turki di atas podium. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL - Pemandu Mercedes Valtteri Bottas mencatatkan kemenangan pertamanya musim ini untuk menjuarai GP Turki, manakala Max Verstappen merampas kembali tempat pertama dalam carta kejuaraan dunia pelumba Formula Satu (F1).

Pemandu Red Bull itu menamatkan perlumbaan di tempat kedua untuk mendahului Lewis Hamilton dengan enam mata yang melintasi garisan penamat di tangga kelima, berang dengan strategi pasukan Mercedesnya.

“Bagi saya itu mungkin perlumbaan terbaik yang pernah saya lalui,” kata Bottas merujuk kepada kemenangan ke-11 kariernya.

Sergio Perez, juga memandu untuk Red Bull, melengkapkan podium dengan Charles Leclerc di tempat keempat.

“Ini bukan hari yang mudah.

“Litar ini sangat licin, dan kami terpaksa menguruskan penggunaan tayar sepanjang perlumbaan ini dan tidak dapat mencabar dengan sepenuhnya.

“Valtteri tampak seperti mempunyai lebih kepantasan daripada kami, dan berjaya mengurus penggunaan tayar sepanjang perlumbaan.

“Saya gembira dapat menamatkan perlumbaan di tempat kedua dalam keadaan sebegini,” kata Verstappen.

Hamilton mencatatkan masa terpantas dalam sesi kelayakan tetapi terpaksa memulakan perlumbaan di petak ke-11 kerana dikenakan penalti grid yang disebabkan oleh penukaran enjin.

Juara dunia tujuh kali itu berjaya naik dua kedudukan dalam pusingan pembukaan sebelum terus memintas pelumba-pelumba lain hingga sampai tempat kelima.

Di situ beliau berdepan dengan Perez yang berjaya mengekalkan pelumba dari Britain itu di belakangnya.

Dengan pelumba yang lain masuk ke dalam pit untuk menukar tayar Hamilton kekal di atas litar dan berjaya memperbaiki kedudukannya hingga naik ke tangga tiga dan tampak seperti akan menamatkan perlumbaan di atas podium.

Hamilton mula-mulanya membantah keputusan pasukan Mercedes untuk memanggilnya masuk ke dalam pit untuk menukar tayar tetapi kemudiannya akur dengan tinggal lapan lagi pusingan sebelum perlumbaan tamat.

Keputusan itu menyebabkan Hamilton kehilangan dua tempat dengan Perez dan Leclerc memintasnya dan beliau tidak menyorok kekecewaannya melalui komunikasi di radio.

Verstappen yang memulakan GP Turki dua mata di belakang Hamilton dalam carta kejuaraan dunia pelumba, kini mempunyai enam perlumbaan untuk memastikan dirinya memecah dominasi pelumba yang berusia 36 tahun itu dalam kejuaraan dunia.

Kejuaraan dunia F1 akan beralih ke Texas untuk GP Amerika Syarikat pada 24 Oktober. - AFP

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kereta Mewah Terbakar, Pemandu Dan Penumpang Terselamat

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Aduhhh Jahanam Kereta Gua Brooo

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Reka Bentuk Futuristik, Gamit Peminat Mercedes

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad