web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Di Sebalik Isu Hak Asasi Manusia, Arab Saudi Ambil Alih Kelab Newcastle

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2021 12:15PM

Gambar fail yang dirakamkan pada 19 April, 2015 menunjukkan penyokong Newcastle mendesak Mike Ashley meletak jawatan sebagai pengarah kelab Newcastle. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Liga Perdana Inggeris, Newcastle United telah diambil alih oleh sebuah konsortium yang disokong oleh Arab Saudi, umum kelab berkenaan pada Khamis.

Konsortium berkenaan termasuk Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi, PCP Capital Partners serta RB Sports and Media.

Terdapat banyak kontroversi melibatkan penglibatan PIF dalam pengambilahan itu, namun konsortium itu berjaya membuktikan bahawa Arab Saudi tidak akan menguasai kelab, sekali gus mendapat kelulusan daripada pemilik dan pengarah Liga Perdana Inggeris.

''Setelah selesai Ujian pemilik dan pengarah Liga Perdana, kelab ini telah dijual kepada konsortium berkuatkuasa serta-merta," kata Liga Perdana dalam satu kenyataan.

Ia menambah:

''Semua pihak bersetuju bahawa penyelesaian diperlukan untuk mengakhiri ketidakpastian yang panjang bagi peminat berhubung hak milik kelab. Liga Perdana kini telah mendapat jaminan Kerajaan Arab Saudi tidak akan mengawal Kelab Bola Sepak Newcastle United."

PIF adalah dana pelaburan yang dipengerusikan oleh Putera Mahkota, Mohammed bin Salman.

Penglibatannya dalam kelab Newcastle ini telah lama berlarutan dalam bola sepak Inggeris, terutama melibatkan hak asasi manusia termasuk kes pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi.

Pemilik kelab berkenaan sebelum ini, Mike Ashley tidak popular di kalangan penyokong dan telah dikecam kerana kurang membuat pelaburan di dalam kelab terbabit.

Newcastle, salah satu pasukan yang dominan dalam Liga Perdana dalam tahun-tahun sebelum ini, kini berada di kedudukan kedua dari bawah.

Sementara itu, dalam urusan pengambilahan ini, Amnesty International telah menggesa Liga Perdana supaya menjalankan ujian kepada pemilik dan pengarah kelab berhubung isu hak asasi manusia.

''Daripada membiarkan mereka yang terlibat dalam pelanggaran hak asasi manusia yang serius masuk ke dalam bola sepak Inggeris, hanya kerana poket mereka tebal, kami mendesak Liga Perdana Inggeris untuk menjalankan ujian pemilik dan pengarah mereka untuk menangani masalah hak asasi manusia,'' kata ketua eksekutif, Amnesty International, Sacha Deshmukh. - CNN

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad