web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hatrik Ali Olwan Bantu Jordan Belasah Harimau Malaya

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2021 7:38AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan gopoh barisan pertahanan skuad bola sepak kebangsaan mengundang padah apabila tewas 4-0 kepada Jordan dalam aksi persahabatan antarabangsa di Amman, Jordan malam tadi.

Penyerang kelab Al-Jazeera Ali Olwan menjadi duri dalam daging buat skuad Harimau Malaya apabila meledak hatrik untuk membantu pasukan di ranking ke-93 dunia itu melebar rekod tanpa kalah pada lima perlawanan selepas seri tanpa jaringan dalam perlawanan pertama berdepan Malaysia pada 1988.

Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe beraksi dengan baik pada 30 minit pertama perlawanan apabila berjaya mematahkan serangan tuan rumah yang dilihat lebih menguasai perlawanan.

Namun, situasi kucar kacir skuad negara mengundang padah apabila gawang Mohd Khairulazhan Mohd Khalid dibolosi pada minit ke-34 hasil tolakan mudah Ali yang menerima hantaran cantik Ehsan Hadad dari sebelah kanan padang.

Masalah komunikasi berlaku antara kapten Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak dan Mohd Khairulazhan yang gagal membaca bola hasil tandukan dari tengah padang oleh pemain Jordan mengakibatkan bola singgah di kaki Odai Al-Saify, yang dengan tenang menguis masuk gol kedua tuan rumah pada minit ke-42.

Tuan rumah seperti mendapat suntikan moral ketika waktu rehat, kembali garang di babak kedua perlawanan dengan menghasilkan dua gol dalam masa dua minit menjadikan kedudukan 4-0.

Tandukan ke belakang oleh pertahanan Kuala Lumpur City FC, Muhammad Irfan Zakaria disambar oleh Ali untuk gol kedua peribadinya pada minit ke-47 sebelum melengkapkan kemenangan skuad bimbingan Adnan Hamad itu apabila mencipta hatrik pada minit ke-49 selepas menerima lorongan cantik oleh Mousa Suleiman.

Biarpun menunjukkan aksi positif dengan melancarkan serangan ke kubu tuan rumah namun pasukan kebangsaan tidak berupaya untuk setidak-tidaknya menjaringkan gol sagu hati dan kedudukan 4-0 itu kekal hingga wisel penamat ditiup pengadil perlawanan.

Malaysia yang menduduki ranking ke-154 dunia, akan menamatkan aksi perlawanan persahabatan di Jordan berdepan Uzbekistan (ke-84 dunia) di Stadium Antarabangsa Amman, Sabtu ini (9 Okt). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad