web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sarawak United Buat Kejutan Terhadap Sri Pahang

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2021 7:51AM

N’guessan (tengah) berjaya menjaringkan gol ketika menentang pasukan Selangor FC pada saingan Piala Malaysia 2021 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sarawak United kekal menjadi pasukan kuda hitam saingan Piala Malaysia musim ini, apabila sekali lagi berjaya mencipta kejutan menentang pasukan Liga Super, Sri Pahang FC menerusi kemenangan tipis 1-0 pada malam tadi.

Pada aksi Kumpulan A yang berlangsung di Stadium UiTM Shah Alam, pemain berusia 26 tahun Tommy Mawat Bada muncul wira pasukan naib juara Liga Premier itu, apabila rembatan kaki kirinya gagal diselamatkan oleh penjaga gawang skuad Tok Gajah, Zarif Irfan Hashimuddin pada minit ke-60.

Ahad lalu, Sarawak United membuka kempen Piala Malaysia dengan menewaskan Penang FC 3-1 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Penang pula diikat 1-1 oleh Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium Bandaraya Pulau Pinang dalam satu lagi aksi kumpulan sama menerusi jaringan Romel Morales pada masa kecederaan (90+3).

Skuad Harimau Kumbang terlebih dahulu memecahkan kebuntuan jaringan menerusi penyerang import dari Tajikistan, Sheriddin Boboev pada minit ke-77.

Keputusan malam ini menyaksikan Sarawak United berada di kedudukan teratas kumpulan dengan enam mata, diikuti KL (4), Penang (1) dan Pahang di tempat terakhir tanpa sebarang mata.

Sementara itu, Terengganu FC terus kekal menerajui Kumpulan B selepas mengatasi juara 33 kali, Selangor FC 2-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

Skuad Penyu yang sebelum ini mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Kuching City FC pada Ahad lalu, membuka jaringan menerusi rembatan dari luar kotak, Dechi Marcel pada minit ke-22.

Bersambung babak kedua, Lee Tuck menggandakan jaringan pada minit ke-51, sebelum Gergasi Merah merapatkan jurang menerusi Mohamad Ashmawi Md Yakin pada minit ke-75, tetapi tidak cukup untuk membawa pulang mata.

Perak FC pula terpaksa bangkit sebanyak dua kali untuk mengikat Kuching City FC 2-2 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, sekali gus berjaya mencuri satu mata.

Kuching yang turun selaku tuan rumah, membuka jaringan menerusi penyerang import dari Brazil, Hudson Jesus seawal minit kesembilan, sebelum skuad Bos Gaurus menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Muhammad Adib bin Abdul Ra'op pada minit ke-48, selepas Nana Poku dijatuhkan oleh Aylton Ferreira Ananias.

Pasukan kendalian Irfan Bakti Abu Salim kembali mendahului perlawanan menerusi sepakan percuma jarak jauh Muhammad Alif Hassan, yang gagal diselamatkan oleh Muhammad Azri bin Ab Ghani pada minit ke-67, namun keriangan itu hanya bertahan tiga minit apabila Mohamad Aizat Safuan Razali berjaya mengikat kedudukan pada minit ke-70.

Terengganu kekal di kedudukan teratas dengan enam mata, diikuti Selangor (3), Perak dan Kuching City yang masing-masing meraih satu mata. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Penang FC Benam KDN FC 3-0

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

4

Sukan 1 tahun yang lalu

KL City Atasi Selangor 1-0 Di Laman Sendiri

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad