web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiger Woods Dalam Perjalanan Jalani Penggambaran Semasa Terlibat Nahas

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2021 11:41AM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bintang golf dunia, Tiger Woods dalam perjalanan ke Rolling Hills Country Club untuk menjalani penggambaran GolfTV ketika kenderaan SUV yang dipandunya terlibat dalam kemalangan.

Ia adalah penggambaran hari kedua untuk GolfTV, iaitu siri TV yang memberikan tunjuk ajar mengenai golf kepada selebriti.

Pada Isnin beliau terlibat dalam penggambaran dengan Jada Pinkett Smith, Dwyane Wade dan David Spade.

Sementara pada Selasa, Woods dijadualkan menjalani penggambaran dengan bintang NFL, Drew Brees yang juga quarterback dengan pasukan New Orleans Saints dan quarterback Los Angeles Chargers, Justin Herbert, lapor ESPN.

Woods menetap di Florida namun berada di California untuk menghadiri kejohanan PGA Genesis Invitational pada hujung minggu.

Genesis telah memberi beliau SUV GV80, untuk dipandu selama seminggu. Kenderaan itu terlibat dengan kemalangan pada Selasa.

Dalam pada itu, sumber yang diperolehi TMZ memaklumkan alkohol bukan faktor kemalangan tersebut namun punca sebenar masih dalam siasatan.

Kemalangan itu mengakibatkan beliau terpaksa menjalani pembedahan akibat beberapa kecederaan.

Media melaporkan Woods mengalami patah pergelangan kaki.

Sementara itu, bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam satu kenyataan mendoakan kesembuhan bintang golf AS itu.

``Cepat sembuh, Tiger. Anda adalah juara sebenar!' katanya.

Woods juga mendapat perhatian daripada seorang lagi bekas Presiden AS, Barack Obama yang turut memberikan kata-kata sokongan kepada rakan sepermainan golfnya itu.

Woods, salah seorang pemain golf ternama dunia, telah memenangi 15 kejuaraan utama sebelum ini.

Beliau baru-baru ini menjalani pembedahan belakang yang kelima dan tidak pasti apakah dapat bermain di Kejohanan Masters yang akan datang.

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 7 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad