web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala Malaysia: Selangor Tewaskan Perak 1-0

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2021 7:39AM

Jaringan penalti Ifedayo Olusegun membolehkan Selangor FC mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Perak FC dalam aksi saingan Piala Malaysia, di Stadium MBPJ, malam tadi. - Gambar dari Facebook Selangor FC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasukan paling cemerlang dalam sejarah saingan Piala Malaysia, Selangor FC terpaksa berhempas-pulas sebelum mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan kedua tercorot Liga Super 2021, Perak FC dalam aksi sulung musim ini di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Pada aksi Kumpulan B, gol tunggal bagi juara 33 kali itu, dijaringkan oleh penyerang import dari Nigeria, Ifedayo Olusegun pada minit ke-79, yang melengkapkan sepakan penalti di sebelah kiri palang gol selepas berjaya mengelirukan penjaga gawang Muhammad Azri Ab Ghani yang bergerak ke arah kanan.

Skuad Gergasi Merah dihadiahkan penalti apabila penyerangnya, Sean Selvaraj dijatuhkan oleh pemain pertahanan Perak Mohd Idris Ahmad di dalam kotak penalti.

Satu lagi perlawanan kumpulan sama menyaksikan Terengganu FC mengatasi Kuching City FC 2-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu.

Skuad Penyu membuka jaringan menerusi sepakan penalti Lee Tuck pada minit ke-22, selepas penjaga gol pasukan pelawat, Wan Muhammad Azraie Wan Teh menjatuhkan penyerang, Jordan Mintah.

Skuad kendalian Nafuzi Zain kemudian berjaya menggandakan jaringan pada minit ke-48, apabila Faisal Abdul Halim menyambar umpanan Makan Konate dengan rembatan kaki kiri untuk menewaskan Wan Muhammad Azraei.

Saingan Kumpulan A pula menyaksikan Penang FC kalah mengejut 1-3 kepada naib juara Liga Premier 2021, Sarawak United di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Penyerang import dari Nigeria, Uche Agba muncul wira Sarawak apabila berjaya meledak dua gol, masing-masing pada minit ke-47 dan ke-58, manakala percubaan Khair Muhamad Jefri Jones turut menepati sasaran pada minit ke-54.

Skuad Harimau Kumbang berjaya memperolehi gol sagu hati menerusi pemain tengah, Mohammad Al Hafiz Harun pada minit ke-56.

Sementara itu, dua jaringan pemain import dari Colombia, Romel Morales membantu Kuala Lumpur (KL) City FC membenam Sri Pahang FC 3-1 dalam satu lagi aksi Kumpulan A di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Skuad “The City Boys” membuka jaringan menerusi tandukan Daniel Ting pada minit ke-19, sebelum Morales meledak gol pada minit ke-47 dan ke-73.

Kemenangan itu bagaimanapun, sedikit tercalar dengan jaringan sendiri Giancarlo Gallifuoco pada minit ke-79, dalam usaha mematahkan hantaran silang pemain pertahanan Pahang, Muhammad Ashar Al Aafiz. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 21 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad