web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘King Kazu’ Ketuai Golongan Pemain Veteran Jepun

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2021 4:13PM

Miura (kanan) masih beraksi pada usia 54 tahun. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO – Penyerang veteran Jepun, Kazuyoshi Miura sedang bersiap sedia untuk beraksi dalam musim baharu Liga-J walaupun usianya sudah mencecah 54 tahun minggu ini. Namun bukan Miura seorang sahaja pemain berusia di negara matahari terbit itu.

Miura, atau lebih dikenali sebagai King Kazu, akan cuba meluaskan rekod sebagai pemain tertua yang beraksi dalam divisyen pertama Liga-J bersama kelabnya, Yokohama FC yang akan memulakan aksi musim baharu pada Sabtu.

Namun bukan Miura seorang sahaja pemain veteran yang akan beraksi malahan sembilan pemain berusia 40 tahun bakal beraksi untuk pasukan dalam tiga divisyen Liga-J.

“Saya berasa yang gaya hidup dan budaya Jepun ada kaitan dengan kenapa ramai pemain berusia masih aktif beraksi.

“Semestinya saya mahu beraksi dalam permainan, tapi ramai pemain memilih untuk kekal dengan pasukan masing-masing kerana pasti dapat menyumbang lebih daripada permainan,” kata Keiji Tamada, 40, penyerang dengan kelab divisyen kedua V-Varen Nagasaki kepada AFP.

Miura, yang akan beraksi dalam musim ke-36 dalam kariernya, pada 2017 menjadi pemain tertua di dunia untuk menjaringkan gol dalam permainan profesional, bila dia membolosi gawang lawan pada umur 50 tahun. 

Beliau juga menambah rekod Liga-J sendiri sebagai pemain kesebelasan utama paling tua pada September tahun lepas, satu daripada empat kemunculan dalam liga buat Yokohama pada musim lalu.

“Saya berasa gembira bermain bola sepak tatkala dunia sedang mengalami situasi yang sukar kerana wabak coronavirus.

“Secara peribadi musim lepas bukan musim yang memuaskan, tapi cita-cita dan semangat saya untuk bola sepak sedang meningkat naik,” katanya selepas menandatangani kontrak baharu bulan lepas.

Miura, yang memulakan karier profesionalnya pada 1986, bukan hanya pemain veteran yang masih bermain dalam Liga-J sebaliknya bekas pemain tengah Celtic, Shunsuke Nakamura masih beraksi pada usia 42, manakala bekas pemain kebangsaan Jepun, Junichi Inamoto, Yasuhito Endo dan Teruyoshi Ito masing-masing berumur 46 tahun.

Ono yang pernah beraksi di Australia, masih aktif bermain. - Gambar AFP
Ono yang pernah beraksi di Australia, masih aktif bermain. - Gambar AFP

Dalam pada itu, pemain tengah Shinji Ono, 41, yang sedang membuat persiapan untuk menghadapi musim ke-24 sebagai pemain profesional, berkata pemain berusia memberi motivasi kepada satu sama lain.

“Kadang-kala kami akan berjumpa dan bersembang bersama namun kami tidak pernah berbincang bila kami akan bersara, kerana kami gembira masih aktif beraksi,” kata Ono, yang membuat 14 kemunculan di divisyen kedua musim lepas sebelum berpindah ke Consadole Sapporo.

Jarang pemain yang berusia 40-an masih bermain di Eropah, dengan penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon dan pemain pertahanan, Montpellier Hilton, kedua-duanya yang berusia 43 tahun merupakan antara dua pemain yang masih aktif.

Dalam pada itu, pemain pertahanan Belanda, Calvin Jong-a-Pin yang juga rakan sepasukan Miura di Yokohama, percaya cara permainan di Liga-J membantu pemain berusia ini bermain dengan lebih lama.

Calvin juga kagum dengan tahap kecergasan Miura.

“Dia seorang pemain yang sangat profesional dan bermotivasi tinggi. Semasa berlatih, ada sesi yang memerlukan kami berlari dan Miura sentiasa berada di kelompok depan, dia sentiasa meninggalkan semua orang di belakangnya,” kata Jong-a-Pin, 34. 

Jong-a-Pin menambah, Miura sentiasa bersama seorang jurulatih peribadi dan dia juga mempunyai seorang pemandu yang membawanya ke mana-mana sahaja supaya pemain itu tidak hilang tenaga akibat memandu. 

Ono, yang pernah bermain di Belanda, Jerman, dan Australia, berkata dia juga menjaga kesihatannya dan berada dalam keadaan yang baik untuk menghadapi musim baharu.

“Saya tidak berfikir tentang persaraan atau pun masa depan.

“Kalau tiada kelab yang mahukan saya, saya tidak akan ada tempat untuk bermain. Apabila ia berlaku, saya tiada pilihan dan harus bersara. Hari itu akan sampai juga namun sebelum itu saya akan terus menikmati permainan bola sepak ini.

“Dia memberitahu saya dia mahu mati di atas padang.

“Saya percayakan dia. Seseorang harus memaksa dia untuk berhenti kerana dia tidak akan berbuat demikian,” kata Jong-a-Pin. - AFP

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

M’sia Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala, Wujud Pertumbuhan Mampan Dengan Bahrain - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lawatan Kerja Singkat PM Ke Jepun Perkukuh Hubungan KL-Tokyo

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pencipta Dragon Ball, Akira Toriyama Meninggal Dunia

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 7 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad