web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Skuad Wanita Catat Kemenangan Bergaya, Tewaskan Palestin 2-0

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2021 7:39AM

Pasukan bola sepak wanita negara menjalani latihan sebelum pertemuan dengan Palestin, malam tadi. Malaysia menang 2-0 ke atas Palestin di Stadium Antarabangsa Faisal Al-Husseini, Jerusalem. - Gambar dari Facebook FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Skuad bola sepak wanita menamatkan saingan Kumpulan H kelayakan Piala Asia Wanita 2022 dengan kemenangan selepas menepati ramalan menewaskan Palestin 2-0 di Stadium Antarabangsa Faisal Al-Husseini, Jerusalem, malam tadi.

Selepas mempamerkan aksi longlai ketika tumbang 0-4 di tangan Thailand pada aksi pembukaan kumpulan Ahad lepas, skuad bimbingan Ketua Jurulatih, Jacob Joseph tampil dengan gaya permainan lebih baik berdepan Palestin, namun gagal mencetak jaringan pada separuh masa pertama.

Semangat barisan pemain negara kekal membara selepas rehat apabila memulakan 45 minit kedua perlawanan dengan garang sebelum akhirnya Andrea Lee menghadirkan keceriaan buat kem negara menerusi gol pembukaan pada minit ke-57.

Andrea mudah menampan masuk bola ke gawang menewaskan penjaga gol Nadin Elias selepas memanfaatkan kesilapan pertahanan Palestin mengeluarkan bola dari kawasan kotak penalti.

Peluang Malaysia menggandakan kedudukan hadir pada minit ke-64, namun kali ini Nadin bertindak cemerlang menyelamatkan rembatan jarak dekat pemain gantian Nur Farishah Erinna Hisham.

Malaysia yang ghairah memburu gol berjaya menambah jaringan menerusi kapten pasukan, Steffi Sarge Singh selepas beliau menyempurnakan sepakan percuma pada minit ke-81 sekali gus mengesahkan kemenangan pasukan dan mengubati kekecewaan perlawanan terdahulu.

Palestin memiliki peluang keemasan untuk meledak gol sagu hati pada masa kecederaan separuh masa kedua tetapi ia dinafikan penjaga gol Nurul Azurin Mazlan yang berjaya menangkap kemas tandukan kapten lawan Caroline Sohgian.

Malaysia yang menghuni ranking ke-92 dunia kini berada di kedudukan kedua kumpulan berkongsi tiga mata dengan pendahulu Thailand (ke-39 dunia) yang akan berdepan Palestin (ke-120 dunia) pada aksi terakhir Kumpulan H, Sabtu ini.

Hanya juara setiap kumpulan akan layak ke pusingan akhir Piala Asia Wanita yang dijadual berlangsung pada Januari depan di India. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad