web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Skuad Jang, Julang Kejuaraan Liga Premier

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2021 8:00AM

Pasukan Negeri Sembilan meraikan kejuaraan selepas dinobatkan Juara Liga Premier 2021 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini bergemerlapan dengan percikan cahaya bunga api sempena meraikan detik bersejarah Negeri Sembilan FC (NSFC) menamatkan kemarau penantian 10 tahun untuk merangkul piala menerusi kejuaraan Liga Premier malam tadi.

Detik itu berlaku sejurus sahaja tamat perlawanan yang menyaksikan NSFC menewaskan PDRM FC 4-2 dalam perlawanan terakhir penuh dramatik malam tadi.

Sambutan kejuaraan kemudian diteruskan dengan Ketua Pasukan Mohamad Zaquan Adha Abd Razak bersama Ketua Jurulatih K Devan menjulang piala berkenaan disusuli sorakan rakan sepasukan.

Pencapaian bersejarah itu turut disaksikan putera Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-’Abidin Ibni Tuanku Muhriz, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, Presiden NSFC Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idris Al-Qadri dan barisan Exco kerajaan negeri.

Kemenangan NSFC malam tadi melayakkan Skuad Hobin Jang Hobin ke saingan Liga Super musim depan dan bersaing dalam Piala Malaysia bermula 25 September ini.

Kira-kira 500 penyokong NSFC mula membanjiri kawasan luar stadium bagi menyaksikan detik bersejarah itu sejak 7 malam tadi meskipun tidak dapat menyaksikan perlawanan berkenaan berikutan pandemik COVID-19.

NSFC menjuarai Liga Premier dengan 41 mata mengatasi Sarawak di tempat kedua dengan kelebihan tiga mata setelah pasukan itu seri 1-1 dengan Johor Darul Ta’zim II dalam aksi di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos Larkin malam tadi. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar