Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Berani Untuk Berhenti - Bicara Kesihatan Mental Dalam Sukan

Kesihatan mental atlet elit memang kurang dibincangkan secara terbuka. Kajian akademik dan perubatan tentang isu ini memang ada, tetapi ia seolah-olah terkekang. Apa khabar para atlet elit sedunia?

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2021 9:06AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penulis bukanlah seorang ahli sukan yang berbakat, jauh sekali.

Tetapi penulis gemar bersukan, terutamanya bermain bola sepak. Dan antara yang paling membawa kegembiraan kepada penulis adalah apabila berjaya menjaringkan gol - suatu perasaan yang sukar digambarkan apabila sepakan yang dibuat melangkaui penjaga gol dan meledakkan jaring.

Gol pertama atau gol ke berapa ratus - kepuasannya bagi penulis tidak pernah luntur. 

Sebab itulah apabila membaca temu bual dengan bintang tenis antarabangsa Naomi Osaka susulan kekalahan beliau di kejohanan US Open, penulis berasa agak sedih.

Kata Osaka, “Sejak akhir-akhir ini, bila saya menang, saya tidak lagi berasa gembira. Hanya berasa lega. Dan bila saya kalah, saya rasa sangat sedih.”

Tiada lagi kegembiraan yang dapat dicapai olehnya melalui sukan yang diceburinya sejak kecil; hanya kelegaan. 

Bintang tenis antarabangsa, Naomi Osaka. Gambar Fail AFP
Bintang tenis antarabangsa, Naomi Osaka. Gambar Fail AFP

Susulan kekalahan ini Osaka mengambil keputusan untuk berehat sebentar daripada bermain tenis - mungkin mengambil masa untuk memproses kemelut mindanya yang mula terpapar sejak penarikan diri dari kejohanan French Open awal tahun ini.

Ketika itu beliau bangkit mempersoalkan keperluan untuk seseorang atlet itu menghadiri sidang akhbar dan impaknya terhadap kesihatan mental atlet. 

Tindakan Osaka itu mengundang berbagai reaksi: ramai yang memuji sikap beliau yang terbuka dengan isu kesihatan mental untuk atlet; tetapi ramai juga yang berasa bahawa langkah yang diambil beliau itu tidak patut. 

Kesihatan mental atlet elit memang kurang dibincangkan secara terbuka. Bidang psikologi sukan bukanlah bidang yang baru. Sorotan kajian akademik dan perubatan tentang isu ini memang ada, tetapi ia seolah-olah terkekang dalam perbincangan pakar bidang itu sahaja.

Ini tidak begitu menghairankan kerana stigma yang dikaitkan dengan kesihatan mental masih sangat tebal. 

Jadi untuk seorang ahli sukan bangkit dan berterus-terang dengan isu kesihatan mental jarang sekali berlaku, apatah lagi oleh seorang atlet yang berada di puncak kerjayanya dan mempunyai profil bertaraf antarabangsa. 

Osaka bagaimanapun seolah-olah membuka jalan untuk atlet lain berani tampil dengan terbuka. 

Pada Olimpik 2020, gimnas Amerika Syarikat, Simone Biles yang merupakan antara atlet gimnastik terbaik dunia, menarik diri dari beberapa acara atas sebab kesihatan mental.

Gimnas Amerika Syarikat, Simone Biles. Gambar: AFP
Gimnas Amerika Syarikat, Simone Biles. Gambar: AFP

Kita dapat tahu, dalam dua tiga hari kebelakangan ini, semasa Olimpik 2020 Biles dihantui salahlaku amang seksual Larry Nassar terhadapnya dan rakan-rakan gimnas lain.

Ini satu bebanan yang memberi impak besar kepada sesiapa sahaja, apatah lagi mereka yang menggalas beban berat membawa harapan negara di temasya sukan ternama. 

Baru-baru ini, bintang bola sepak wanita Amerika Syarikat, Christen Press, mengambil keputusan untuk berehat beberapa bulan usai Tokyo 2020 untuk memberi ruang bagi dirinya untuk berehat dan memproses kesedihan.

Pemain bola sepak wanita Amerika Syarikat, Christen Press. Gambar: AFP
Pemain bola sepak wanita Amerika Syarikat, Christen Press. Gambar: AFP

Press kehilangan ibunya dua tahun lalu tetapi mengorbankan kesihatan mentalnya demi Piala Dunia Bolasepak Wanita pada 2019 dan Olimpik 2020. 

Semua ini, langkah-langkah yang positif dalam memperakui kepentingan kesihatan mental untuk semua dan diharapkan dapat dijadikan pemangkin untuk orang ramai lebih terbuka dalam menangani isu ini. 

Jelas, dalam contoh-contoh di atas, atlet wanita yang lebih berani ke hadapan.

Apakah ini bukan isu untuk atlet lelaki? Jauh sekali, sebenarnya dan malangnya. Malang kerana sikap berpura-pura semuanya baik boleh memakan diri dan membawa kepada tragedi. 

Pada tahun 2009, penjaga gol Hannover dan pasukan kebangsaan Jerman, Robert Enke, membunuh diri setelah bergelut dengan masalah kemurungan (depresi) sepanjang kerjayanya.

Dua tahun kemudian, dunia bola sepak dikejutkan dengan kematian pengurus dan bekas bintang Wales, Gary Speed, yang dijumpai mati oleh isterinya di kediaman mereka.

Masalah kemurungan dan isu berkaitan yang dihadapi beliau kemudiannya dibincangkan - tetapi hanya secara retrospektif kerana tiada lagi tindakan proaktif yang boleh diambil. 

Perlunya bantuan kesihatan mental dan juga mungkin sokongan psikososial juga penting untuk atlet di ambang persaraan.

Atlet ternama seperti Kelly Homes (olahraga) dan John Kirwan (ragbi) masing-masing berkongsi bagaimana persaraaan dari sukan elit memberi kesan kepada mereka.

Satu dokumentari HBO, ‘The Weight of Gold’ memberi gambaran dan juga kesedaran tentang impak masalah kesihatan mental kepada para atlet. 

Bukan mudah untuk seseorang itu - atlet elit, atlet sambilan atau bukan atlet sekalipun - untuk bersuara tentang masalah kesihatan mental. Palitan stigma yang begitu menebal membuat ramai berfikir berkali-kali untuk berterus-terang. 

Namun dalam era pandemik ini, di mana kesihatan mental dianggap sebagai ‘pandemik susulan yang lebih besar’, sudah tiba masanya kita bertindak dan memperjuangkan perubahan dalam bagaimana kesihatan mental ditangani.

Keterbukaan atlet elit untuk bangkit bersuara sangat dihargai, tetapi kita juga memerlukan pelaburan yang bermakna dalam menangani masalah kesihatan mental - tidak kira untuk sesiapa pun. - Getaran, 19 September 2021

Nota kaki:

Malaysia hanya mempunyai lebih kurang 1,000 pakar psikologi untuk 32 juta penduduk.

Usaha setakat ini nampaknya hanya sekadar menyediakan talian panggilan - namun masih belum kelihatan apa-apa yang lebih mantap dan berkesan untuk jangka masa panjang.

Perlu kita ingat, talian bantuan mungkin memberi kelegaan sementara, tetapi sokongan ekonomi dan bantuan ke arah mutu hidup yang lebih bermakna juga sangat penting bagi keseimbangan mental. 

Isu Pada

Misi Mencari Jati Diri Alyph

18 Sep 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 hari yang lalu

Sze Fei-Nur Izzuddin Tewas Di Final BAC 2024

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 Diadakan 10 Mei

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Harimau Malaya Berlepas Ke Oman Tanpa Matthew Davies

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Geran KWASN Diperluaskan Kepada Atlet Persendirian

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Perubahan Iklim, Musim Tengkujuh Punca Kemusnahan Terumbu Karang - Pakar

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

Semasa 1 hari yang lalu

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

Semasa 1 hari yang lalu

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri