web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Raducanu Lengkap Kemenangan Menakjubkan Di Terbuka AS

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2021 12:45PM

Raducanu tersenyum besar memegang trofi pemenang kejohanan Terbuka AS. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK - Pemain remaja Britain Emma Raducanu melengkapkan kemenangan underdog terhebat dalam sejarah sukan tenis selepas menjadi pemain pertama menjuarai Grand Slam selepas mengharungi pusingan kelayakan.

Beliau juga menjadi pemain Britain pertama dalam tempoh 44 tahun merangkul mahkota Grand Slam selepas menumpaskan pemain Kanada Leylah Fernandez, 19, 6-4, 6-3 dalam aksi final Terbuka AS awal pagi tadi.

Dengan kemenangan itu, Raducanu, yang berusia 18 tahun, juga membawa pulang wang tunai sebanyak RM10.3 juta.

“Saya tahu saya perlu berusaha keras untuk menang.

“Ini perlawanan yang amat sukar tetapi saya berasa tahap permainan kami berdua sangat tinggi. Saya terpaksa menunjukkan aksi terbaik saya hari ini,” kata Raducanu.

Ini satu pencapaian yang menakjubkan buat pemain di ranking 150 dunia itu, yang tidak tumpas dalam satu set pun dalam tiga perlawanan kelayakan dan tujuh permainan cabutan utama dalam jangka masa dua minggu.

Raducanu juga menjadi pemenang Grand Slam termuda sejak Maria Sharapova menjuarai Wimbledon pada 2004 di usia 17 tahun.

Virginia Wade, pada tahun 1977, adalah wanita Britain terakhir menjuarai Grand Slam dalam kategori perseorangan wanita.

Raducanu juga merupakan pemain dari Britain pertama yang menjuarai Terbuka AS sejak Wade pada tahun 1968. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Becker Jadi Pengulas Untuk Eurosport Jerman Di Terbuka Australia

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Bintang Tenis Sensasi Roger Federer Umum Bersara

3

Sukan 4 tahun yang lalu

Bintang Tenis Australia Ash Barty Umum Persaraan Mengejut

4

Sukan 4 tahun yang lalu

Australia Batal Visa Djokovic Untuk Kali Kedua

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad