web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Azizulhasni, Shah Firdaus Kuasai Kejohanan Trek Elit Victoria, Harrif Gegar Turki

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2021 12:54PM

(Dari kiri) Shah Firdaus dan Azizulhasni berdiri di atas podium selepas menerima pingat masing-masing. - Gambar dari Twitter Azizulhasni

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom berada di landasan tepat menjelang Sukan Olimpik Tokyo apabila meraih penamat 1-2 acara pecut di Kejohanan Berbasikal Trek Elit Victoria semalam.

Azizulhasni, 33, mencatat 10.126 saat (s) pada sesi kelayakan sekali gus mengungguli kedudukan carta dalam saingan yang berlangsung di Velodrom Pusat Sukan Antarabangsa Darebin di Melbourne.

Muhammad Shah Firdaus pula berada di kedudukan ketiga terpantas dalam kelayakan dengan 10.186s manakala pelumba Blackburn Cycling Club, Sam Gallagher berada di kedudukan kedua dengan 10.171s.

Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu mengatasi pelumba Brunswick Cycling Club, Mace Colson pada peringkat suku akhir sebelum menyingkirkan bekas juara keirin remaja dunia Conor Rowlyer (Blackburn) di separuh akhir.

Sementara Muhammad Shah Firdaus pula menewaskan dua pelumba Blackburn, Sean Cleary dan Gallagher masing-masing di suku akhir dan separuh akhir.

Kedua-dua pelumba negara yang berpangkalan di Melbourne itu menjalani latihan di bawah kendalian ketua jurulatih berbasikal trek negara John Beasley, dalam persiapan ke Sukan Olimpik Tokyo, yang mana Azizulhasni, adalah harapan untuk meraih emas pertama negara di temasya berprestij dunia itu.

Sementara itu, satu lagi kejayaan gemilang sukan berbasikal negara diperolehi pelumba berbasikal lebuh raya Mohd Harrif Saleh dari pasukan Terengganu Cycling team (TSG) yang menjuarai Grand Prix (GP) Velo Manavgat di Turki.

Pelumba berusia 32 tahun itu menamatkan perlumbaan sejauh 147.5km selepas merekodkan tiga jam 13 minit 35 saat untuk kemenangan sulungnya selepas setahun tidak menyertai mana-mana perlumbaan berikutan pandemik COVID-19.

Pelumba pasukan Mazowsze Serce Polski, Alan Banaszek dan Andriy Kulyk dari pasukan Ukraine masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga manakala pelumba pecut Andrea Guardini yang tidak asing dalam perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) yang mewakili pasukan Giotti Victoria -Savini Due di tempat keempat.

Seorang lagi pelumba TSG Youcef Reguigui dari Algeria di tempat ketujuh. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Muhammad Shah Firdaus Sedia Galas Tanggungjawab Jika Azizulhasni Bersara

2

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Jaga Nama Baik Negara, Jangan Heret Insiden Sukan Jadi Isu Peribadi’ - Shah Firdaus

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Saya Ambil Risiko Sekali Lagi Demi Negara Tercinta - Mohd Azizulhasni

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Shah Firdaus Menang Gangsa Pecut Lelaki Sukan Asia

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran