web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KBS Hantar Senarai 4,000 Nama Atlet, Pegawai Terima Vaksin Awal

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2021 9:21AM

Reezal Merican (dua, kiri) membuat lawatan pemantauan pematuhan garis panduan standard sukan ke fasiliti sukan di Kompleks Sukan Negara Panasonic Shah Alam semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sudah menghantar senarai nama 4,000 atlet dan pegawai untuk diberikan keutamaan sebagai penerima vaksin COVID-19.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata senarai itu telah dihantar sendiri kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, yang merupakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

“Saya ada hantar senarai keutamaan kepada Khairy tapi dia kena melihat melalui ‘roll out’ dan peringkat awal ini akan diberikan kepada atlet dan pegawai yang mewakili negara dalam sukan di pentas dunia seperti Sukan Olimpik, Sukan SEA dan Sukan Asia,” katanya selepas melakukan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kemudahan sukan di Stadium Panasonic di sini hari ini.

Reezal Merican mengulas pertanyaan pemberita sama ada negara akan mengutamakan atlet Olimpik sebagai antara penerima awal vaksin COVID-19 menerusi pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang akan bermula 26 Februari ini.

Kumpulan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Dalam pada itu, Reezal Merican berkata penyokong bola sepak akan dibenarkan memasuki stadium bagi menonton perlawanan sukan itu hanya apabila situasi pandemik COVID-19 sudah beransur pulih dan terkawal.

“Kalau keadaan (COVID-19) sudah reda, saya akan kemukakan permohonan agar membenarkan penonton masuk mengikut SOP tertentu, mungkin ada cadangan ujian saringan dilaksanakan, (jika negatif) penonton akan dibenarkan masuk,” katanya.

Sementara itu, berhubung pematuhan SOP sektor sukan dan rekreasi, Reezal Merican berkata seramai 3,000 anak muda telah berdaftar dengan gerakan kesukarelawanan ‘Rakan Muda Sports Bubble Volunteer’ (RMSBV) setakat ini.

RMSBV akan memainkan peranan sebagai rakan advokasi dan diplomasi sukan, khususnya untuk membantu usaha pematuhan penganjur, peserta dan penonton atau orang awam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Asia 2023 Pecah Rekod Jumlah Kehadiran Penonton

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95