web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Khairul Shahril, Letak Jawatan Dalam Perak FC

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2021 8:16AM

Khairul Shahril Mohamed - Gambar dari Facebook Khairul Shahril Mohamed

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak Khairul Shahril Mohamed mengesahkan akan meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perak FC.

Beliau bagaimanapun menafikan laporan yang mendakwa peletakan jawatan itu adalah susulan prestasi buruk pasukan tersebut.

"Tidak. Saya memang sudah lama berhasrat untuk meletak jawatan.

"Seperti yang sudah tersebar, saya dan Datuk Sham Mat Sahat akan meletakkan jawatan dalam Perak FC dan PAFA (Persatuan Bola Sepak Perak)," katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota itu berkata segala urusan peletakan jawatan secara rasmi akan dilakukan selepas beliau selesai menjalani kuarantin seperti diarahkan kepada hampir kesemua ADUN yang menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada minggu lepas.

"Selesai sahaja kuarantin pada Khamis ini, ia akan diuruskan secara rasmi," katanya.

Perak FC gagal mempertahankan rekod untuk kekal bersaing dalam kancah bola sepak Liga Super musim hadapan malah lebih perit ia berlaku sempena sambutan 100 tahun pasukan pada tahun ini.

Jumaat lepas, skuad bimbingan Mohd Shahril Nizam Khalil itu sah tersingkir ke Liga Premier selepas tumpas 1-2 kepada Melaka United dalam saingan Liga Super yang berlangsung di Stadium Hang Jebat.

Kekalahan itu juga menyaksikan The Bos Gaurus kini berada di kedudukan kedua tercorot daripada 12 pasukan yang bertanding dengan mengumpul 13 mata hasil tiga kemenangan, empat seri dan 14 kekalahan. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad