web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kedah DA, TFC Kecundang, Terus Buru Tiket Piala AFC

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2021 8:19AM

Shane Lowry (dua kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan yang lain. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemburuan tiket untuk ke Piala AFC 2022 di antara Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Terengganu FC (TFC) masih berlarutan, apabila kedua-dua pasukan itu tewas dalam aksi Liga Super, malam tadi.

KDA yang memiliki kelebihan satu perlawanan, mempunyai peluang cerah untuk mengesahkan slot ke saingan peringat benua itu selaku naib juara Liga Super, namun dikejutkan dengan kekalahan 2-1 kepada Kuala Lumpur (KL) City FC.

Pada aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras itu, skuad ‘The City Boys’ membuka jaringan menerusi sepakan penalti pemain import dari Colombia Romel Morales pada minit keenam, sebelum bekas penyerang kebangsaan Mohd Safee Sali menggandakan jaringan pada minit ke-26.

Skuad Lang Merah berjaya merapatkan jurang menerusi penyerang import dari Ivory Coast Tchetche Kipre pada minit ke-34, namun pasukan itu tidak mampu mencalar rekod tanpa kalah skuad kendalian Bojan Hodak dalam 11 aksi di gelanggang sendiri.

TFC pula gagal menggunakan peluang beraksi di laman sendiri untuk mengatasi KDA, apabila tewas tipis 1-0 kepada juara lapan kali berturut-turut Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Pemain pertahanan dari Australia Shane Lowry, yang mempunyai pengalaman beraksi bersama Aston Villa, membuka akaun jaringannya di Liga Super apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada masa kecederaan babak pertama (45+2).

Juara Liga Super akan diberikan slot automatik ke saingan Liga Juara-juara AFC 2022, manakala naib juara Liga Super dan juara Piala Malaysia akan mendapat peluang beraksi di Piala AFC 2022.

Sementara itu, UiTM pula sah tersingkir ke saingan Liga Premier pada musim depan apabila kalah tipis 1-0 kepada Petaling Jaya (PJ) City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Tandukan Mohd Khyril Muhymeen Zambri pada minit ke-39, akhirnya menamatkan badi kekalahan skuad ‘Phoenix’ yang sebelum ini tewas dalam enam aksi berturut-turut.

Keputusan semalam menyaksikan JDT gah di persada dengan 54 mata selepas 21 perlawanan, diikuti KDA (39 mata), TFC (37) dan Penang FC (37).

Terdahulu, dalam satu-satunya aksi Liga Premier hari ini, Kuching City FC mengikat PDRM FC tanpa jaringan di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

4

Sukan 1 tahun yang lalu

KL City Atasi Selangor 1-0 Di Laman Sendiri

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 20 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar