web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Setahun Tak Jumpa, 2 Atlet Mahu Luang Masa Dengan Keluarga

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Sep 2021 7:33AM

Bonnie Bunyau Gustin (kiri) dan Jong Yee Khie - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Dua badang negara yang telah banyak berkorban dan beraksi cemerlang di Paralimpik Tokyo 2020, Bonnie Bunyau Gustin dan Jong Yee Khie, kini hanya mahu meluangkan masa bersama keluarga masing-masing sebaik tamat tempoh kuarantin 14 hari.

Bonnie, pemenang pingat emas kategori lelaki 72kg acara powerlifting dengan angkatan 228kg, yang juga merupakan rekod baharu Paralimpik, berkata sudah lebih setahun beliau tidak pulang ke kampungnya di Serian, Sarawak. 

Ini kerana beliau perlu menjalani latihan secara kuarantin mengikut gelembung sukan di ibu negara bagi mengelakkan risiko penularan wabak COVID-19. 

Ditanya mengenai perancangan untuk hadiah kemenangan bernilai RM1 juta di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM), Bonnie berkata beliau belum memikirkannya. 

"Hadiah tersebut tak tahu lagi nak buat apa, kena tanya ayah saya," jawabnya dengan ringkas selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

Bonnie merakamkan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan kejayaannya selain  jurulatih kebangsaan Jamil Adam yang membimbingnya sehingga bergelar juara Paralimpik. 

“Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang doakan kejayaan saya, keluarga dan semua pihak yang membantu saya. Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-64. Demi Malaysia," katanya.

Sementara itu, Yee Khie yang meraih perak kategori 107kg menerusi angkatan seberat 237kg, turut berterima kasih kepada Jamil yang merencana strategi dan membantunya meningkatkan jisim otot untuk bertanding di kategori tersebut. 

"Pada temasya Rio 2016, saya menamatkan saingan di tempat ketujuh kategori 97kg. Kemudian jurulatih suruh membina otot, nampak ada kemajuan dan boleh bersaing untuk pingat pada kali ini.

"Selepas ini saya nak balik kampung (Kuching, Sarawak), sebab lama tak balik. Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia, selamat Hari Kebangsaan," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Bonnie Sekali Lagi Pecahkan Rekod Dunia Para Powerlifting

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Birmingham 2022: Atlet Powerlifting Yee Khie tarik diri kerana kecederaan

3

Sukan 4 tahun yang lalu

2 Tahun Tinggalkan Keluarga, Bonnie Pulang Bawa Kejayaan

4

Kolum 4 tahun yang lalu

Pastikan Masa Depan Atlet Para Negara Terjamin

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad