web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pastikan Masa Depan Atlet Para Negara Terjamin

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2021 10:23AM

Bonnie dan Yee Khie menunjukkan pingat masing-masing sejurus tiba di di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur pada Selasa. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tatkala negara dibelenggu pandemik COVID-19 and ketidaktentuan ekonomi, pencapaian atlet para negara di Sukan Paralimpik Tokyo telah memberikan senyuman kepada rakyat Malaysia, walaupun buat seketika.

Wira-wira negara Bonnie Bunyau Gustin dan Jong Yee Khie diberikan sambutan penuh bermakna sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kelmarin.

Dengan angkatan seberat 228kg, Bonnie menghadiahkan pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia dalam acara lelaki 72kg.

Yee Khie pula mendapat pingat perak dalam acara lelaki 107kg setelah membuat angkatan seberat 237kg.

Rakyat pelbagai lapisan juga turut terkilan apabila pingat emas “dirampas” dari atlet olahraga, Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru dua hari yang lalu. Ramai yang mengutarakan ketidakpuasan mereka terhadap keputusan juri yang mengklasifikasikan Ziyad sebagai tidak memulakan aksi walaupun beliau telah melengkapkan lontaran pada saingan akhir.

Ziyad turut memecahkan rekod dunia dengan balingan 17.94m sebelum jawatankuasa teknikal membuat keputusan kontroversi membatalkan penyertaan serta rekodnya.

Yang pasti, sukan serta atlet merupakan agen perpaduan. Melalui sukan dan atlet, rakyat akan tetap bersatu - dalam suka mahupun duka.

Tetapi apakah nasib atlet para sejurus habisnya kejohanan-kejohanan sukan besar? Dan apakah pelan masa depan mereka apabila mereka merasakan sudah tiba masanya untuk berhenti dari arena sukan?

Ziyad pernah berkongsi bahawa ibu beliau tidak merestui penglibatannya dalam sukan pada awal kariernya. Ini kerana, ibu beliau beranggapan tiada masa hadapan dalam sukan. Ziyad membuktikan bahawa beliau juara dunia tetapi bukan semua atlet para mampu berada di kalangan yang terbaik di dunia.

Kementerian Belia dan Sukan, melalui Majlis Sukan Negara, mempunyai program-program tersendiri untuk memastikan atlet negara, termasuk atlet para, dapat mencari nafkah sebaik sahaja berhenti bersukan.

Menteri Belia dan Sukan baharu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu juga turut menyentuh tentang pelan untuk mencari peluang pekerjaan kepada bekas atlet negara apabila beliau berjumpa pihak media di Wisma KBS Isnin lalu.

Tetapi ini bukan sahaja tanggungjawab pihak kementerian dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan semata-mata. Sektor swasta juga seharusnya memainkan peranan dan melakukan inisiatif sendiri untuk memberi peluang kepada atlet negara, terutamanya atlet para, menjamin masa hadapan mereka.

Keterangkuman di tempat kerja amat penting dewasa ini dan semua orang - tua, muda mahupun yang istimewa - harus diberi peluang sama rata dan dinilai berdasarkan kemampuan mereka.

Tahniah di ucapkan kepada atlet para negara yang telah berjaya dan selamat maju jaya kepada atlet-atlet negara yang akan bertanding di Tokyo.

Janganlah kita mudah lupa dengan pencapaian Bonnie, Yee Khie, Ziyad dan rakan-rakan seperjuangan mereka sebaik sahaja temasya sukan Paralimpik berakhir.

Jika kita benar-benar sayangkan mereka, pastikan kehidupan serta masa depan mereka terjamin. - Getaran, 2 September 2021

Haresh Deol seorang wartawan yang mempunyai pengalaman dalam media sejak tahun 2000. Beliau adalah pemenang dua kali Anugerah Institut Akhbar Malaysia, merangkul tujuh anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia dan panelis antarabangsa The Guardian yang memilih 100 pemain bola sepak terbaik dunia bagi tahun 2016, 2019 dan 2020. Beliau boleh dihubungi di akaun Twitternya @HareshDeol.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

oleh Chan Hon Ying