web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wei Lun Mengganas Lagi, Mara Ke Final

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2021 7:07PM

Aksi Wei Lun ketika menentang lawan dari China, Zhang Qi pada suku akhir di kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Ariake Gymnastics Centre hari ini.
 - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Chew Wei Lun mencipta sejarah tersendiri apabila melayakkan diri ke pentas final boccia di Sukan Paralimpik Tokyo.

Wei Lun yang membuat kemunculan pertama di temasya berprestij itu dalam acara individu campuran BC1 (kecacatan fizikal) mempunyai peluang untuk merebut pingat emas esok, selepas menewaskan pemain ke-18 dunia, Andre Ramos dari Portugal, 9-5, di peringkat separuh akhir hari ini.

Cabaran getir menanti atlet berusia 26 tahun itu yang akan bertemu juara bertahan dan juga pemain ranking nombor satu dunia, David Smith dari Great Britain.

David menewaskan pemain Brazil, Jose Carlos Chagas de Oliveira, 7-4, dalam satu lagi aksi separuh akhir, untuk mengesahkan slot ke final esok.

Aksi final di Pusat Gimnastik Ariake akan berlangsung pada pukul 3.50 petang waktu Malaysia.

Terdahulu, pemain ranking ke-11 dunia itu mengecewakan wakil China, Qi Zhang, 4-2, dalam aksi suku akhir, yang juga berlangsung petang tadi.

Pencapaian Wei Lun pada hari ini menyaksikan beliau kini terus unggul dengan rekod tanpa kalah dalam enam perlawanan, termasuk empat aksi di peringkat Kumpulan B, sejak Sabtu lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Sukan Paralimpik: Noor Askuzaimey Mara Ke Separuh Akhir, Kian Hampiri Pingat

2

Sukan 4 tahun yang lalu

Liek Hou Tak Dapat Tidur Lena Lepas Menang Emas Bersejarah

3

Sukan 4 tahun yang lalu

CDM Sangkal Dakwaan Muhammad Ziyad Lewat 28 Minit

4

Sukan 4 tahun yang lalu

Mohamad Yusof Tamatkan Aksi Paralimpik Tokyo Di Kedudukan Ke-33

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad