web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


FAM Nafi Bincang Tambah Pasukan Liga Super

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2021 7:52AM

Stuart Ramalingam - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyatakan bahawa pihaknya tidak pernah membincangkan secara rasmi atau tidak rasmi untuk meningkatkan jumlah pasukan bertanding di Liga Super.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata isu meningkatkan jumlah penyertaan pasukan dalam divisyen pertama Liga Malaysia (Liga-M) daripada 12 ke 16 pasukan, tidak pernah dibincangkan langsung oleh beliau atau Presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin dengan mana-mana pihak.

“FAM ingin memaklumkan bahawa segala keputusan atau ketetapan bagi jumlah pasukan yang beraksi pada saingan Liga-M, serta penentuan jumlah pasukan yang turun dan naik liga berkenaan adalah sepenuhnya di bawah bidang kuasa Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan ahli-ahli lembaga pengarahnya,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.

Terdahulu, tular satu klip video bahawa ada pihak mendakwa telah berbincang dengan Hamidin dan Stuart, yang bakal menjadi Ketua Pegawai Eksekutif MFL bermula 1 Sept, bahawa jumlah pasukan bertanding di Liga Super akan ditingkatkan.

Sementara itu, Presiden MFL Datuk Ab Ghani Hassan mengesahkan bahawa format kenaikan dan penyingkiran Liga-M bagi musim 2021/2022 masih kekal seperti sedia ada.

“Format Liga Super 2021 akan kekal di mana sebanyak 12 pasukan dalam satu pertandingan dan dua pasukan tercorot akan tersingkir ke saingan Liga Premier pada tahun 2022.

Sementara juara dan naib juara Liga Premier 2021 pula akan bermain dalam kempen Liga Super 2022 seperti mana yang termaktub di dalam Manual Liga Malaysia edisi 2021 bagi format Liga Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan berasingan. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad