web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kesilapan Teknikal Jejaskan Aksi Sulung Nur Syaiful Di Paralimpik Tokyo

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2021 11:45AM

Nur Syaiful ketika beraksi pada acara lelaki 200m gaya bebas pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Pusat Akuatik Tokyo hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Perenang para kebangsaan Muhammad Nur Syaiful Zulkafli terlepas peluang untuk mara ke peringkat akhir renang 200 meter (m) lelaki gaya bebas S5 (kecacatan fizikal) pada Sukan Paralimpik Tokyo, di sini.

Lebih menyedihkan, Pengarah Bahagian Paralimpik Majlis Sukan Negara (MSN) Mohd Sofian Hamzah mengesahkan bahawa atlet Sarawak yang membuat kemunculan pertama di temasya berprestij itu telah dibatalkan penyertaannya susulan kesilapan teknikal dalam saringan pertama itu.

“Apa yang dilakukan Nur Syaiful tadi tidak dibenarkan sama sekali dalam acara berkenaan,” katanya kepada Bernama.

Perenang Sepanyol Antoni Ponce Betran mengungguli saingan di tempat pertama dengan catatan 2 minit 33.73 saat (s), diikuti perenang Brazil Daniel de Faria Dias di tempat kedua dengan 2:45.16s dan Dmitrii Cherniaev dari Jawatankuasa Olimpik Rusia yang merekodkan masa 2:48.18s untuk mengakhiri saingan di tempat ketiga.

Lapan perenang terbaik daripada dua saringan dipertandingkan akan layak ke peringkat akhir, yang dijadual berlangsung kira-kira 7.52 petang ini (6.52 petang waktu Malaysia).

Sementara itu, perenang berusia 26 tahun yang mengalami kecacatan kedua-dua kakinya selepas terlibat dalam kemalangan pada usia 17 tahun itu berpeluang untuk menebus kekecewaannya apabila masih mempunyai tiga lagi baki saingan selepas ini.

Nur Syaiful akan turun bersaing dalam acara 50m gaya bebas S5, 100m gaya bebas S5 dan 100m kuak dada bagi kategori SB4 (kecacatan fizikal).

Selain Nur Syaiful, Malaysia turut diwakili dua lagi perenang iaitu Jamery Siga bagi kategori S5 serta Brenda Anellia Larry yang bersaing untuk kategori S4 (kecacatan fizikal).

Sukan Paralimpik Tokyo yang membuka tirai secara rasmi malam tadi akan berakhir pada 5 September. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Sukan Paralimpik: Noor Askuzaimey Mara Ke Separuh Akhir, Kian Hampiri Pingat

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Malaysia Masih Destinasi, Pilihan Terbaik Untuk Pelaburan - Anwar

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Tiada Bukti Kukuh, Jurulatih Para Renang Dibenar Kembali Latih Atlet - MSN

4

Jelajah 2 tahun yang lalu

Peluang Menginap Di Kediaman Warga Tokyo, Pengalaman Manis Yang Tidak Akan Dilupakan

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad