web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Chong Wei Terkejut, Tapi Dedah Beliau Sendiri Pernah Didekati ‘Bookie’

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2021 8:19AM

Chong Wei menolak tawaran ‘bookie’ demi menjaga maruah negara dan integriti sukan kesayangannya. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei terkejut apabila namanya dikaitkan dengan insiden pengaturan perlawanan pada Sukan Asia 2006 di Doha.

Chong Wei berkata beliau tidak tahu mengenai insiden tersebut sehingga rakan baiknya, Taufik Hidayat mendedahkannya pada satu wawancara baru-baru ini.

“Selama ini saya langsung tidak tahu, Taufik pun tidak pernah menceritakan kepada saya. Saya hubungi beliau selepas perkara ini tular, sebagai kawan beliau ada beritahu siapa individu itu,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Terdahulu, tular sejak kelmarin apabila beberapa portal Indonesia dan tempatan melaporkan pendedahan juara Olimpik Athen 2004, Taufik yang mendakwa bahawa seorang pegawai dari Malaysia mendekatinya untuk kalah kepada Chong Wei dalam aksi separuh akhir Sukan Asia 2006.

Namun, legenda Indonesia itu berkata beliau menolak tawaran ganjaran dua kali ganda daripada RM60,000 yang layak diterima dari Indonesia sebagai pemenang pingat emas demi maruah negaranya, sebelum menewaskan Chong Wei dan Lin Dan dari China di final untuk muncul juara.

Bekas pemain berusia 38 tahun berasal dari Pulau Pinang itu berkata disebabkan perkara itu berlaku 15 tahun dahulu, mereka mahu bergerak ke hadapan dan enggan menamakan individu tersebut.

Menurut Chong Wei lagi, luahan Taufik baru-baru ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pemain-pemain muda supaya tidak terlibat dengan gejala terkutuk itu.

Chong Wei mengakui bahawa beliau tidak begitu terperanjat dengan kejadian itu kerana beliau sendiri pernah didekati oleh ‘bookie’ untuk menjual perlawanan, yang ditolak sekeras-kerasnya demi menjaga maruah negara dan integriti sukan kesayangannya.

“Dulu masa main kita main, memang ramai orang jumpa kita, saya cakap saya tak pernah buat perkara itu, kerana pentingkan jasa kepada negara. Kalau anda jual perlawanan, saya rasa ia sama seperti menjual satu negara,” katanya.

Chong Wei juga menasihatkan pemain muda supaya tidak sesekali terlibat dalam isu pengaturan perlawanan kerana boleh menjejaskan masa depan dan karier mereka, di samping mengalu-alukan usaha Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang aktif menangkap mereka yang bersalah.

“Saya nasihatkan semua atlet supaya jangan buat perkara ini. Mungkin akan ada orang tawarkan wang yang banyak, memang waktu muda-muda atlet terpedaya dengan wang dan fikirkan peluang memenangi sesuatu perlawanan itu bukannya 100 peratus.

“Tetapi bagi saya, karier itu lagi penting. Apabila anda membina karier dan menjadi juara, secara automatik anda akan mendapat penajaan, sokongan (produk) dan yang lebih penting menjaga imej negara.

“Ketika saya muda, saya ingat kata-kata (bekas jurulatih) Datuk Misbun Sidek, bahawa ‘kamu beri saya tenaga, wang yang akan cari kamu nanti’.

“Walaupun saya daripada keluarga susah, saya tidak fikirkan duit, susah macam mana pun, saya berjuang untuk dapatkan keputusan baik,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 7 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar