web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lukaku Bantu Chelsea Benam Arsenal, Kane Kembali Ke Spurs

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2021 9:08AM

Lukaku meraikan jaringannya menentang Arsenal. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Romelu Lukaku menjaringkan gol dalam penampilan pertama buat kali keduanya bersama Chelsea awal pagi tadi selepas pemain termahal kelab itu membantu The Blues menang 2-0 ke atas Arsenal, manakala Harry Kane membuat penampilan pertama buat Tottenham musim ini dalam kemenangan 1-0 ke atas Wolves.

Dalam satu lagi perlawanan semalam, Mason Greenwood menyelamatkan Manchester United daripada kalah selepas menjaringkan gol penyamaan untuk seri 1-1 dengan Southampton di tempat lawan.

Lukaku kembali ke pangkuan Chelsea selepas berpindah daripada juara liga Itali Inter Milan dengan harga RM565.7 juta dan pemain dari Belgium itu terus menjadikan dirinya satu pelaburan yang berbaloi dalam derbi London di Stadium Emirates.  

Pemain yang berusia 28 tahun itu sebelum ini bersama Chelsea selama tiga tahun dari 2011 hingga 2014, tetapi jarang diturunkan dan tidak pernah membuat jaringan sebelum dijual kepada Everton.

Lukaku, yang mengalami masa yang sukar bermain untuk Manchester United sebelum cemerlang bersama Inter, mengambil hanya 15 minit untuk menunjukkan kekuatannya dan naluri penjaringnya.

Menahan Pablo Mari dari mencuri bola, Lukaku meneruskan serangan Chelsea sebelum melepasi kawalan pertahanan tengah Arsenal itu sebelum mara ke dalam kotak penalti untuk menyudahkan umpanan dari Reece James.

James menjaringkan gol kedua Chelsea untuk memastikan kelab itu cemerlang dalam saingan derbi London.

Di Molineux, Kane dimasukkan dalam perlawanan di babak kedua selepas pemain sasaran Manchester City itu terlepas aksi dua perlawanan pertama kerana pulang lewat daripada percutian.

Kapten England itu, kecewa dengan kemarau trofi 13 tahun Spurs, berharap dapat memaksa perpindahan kepada juara liga City sebelum tarikh akhir perpindahan pada 31 Ogos.

Bagaimanapun, City tidak mahu membayar harga yang diminta Spurs iaitu RM866 juta untuk penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris musim lepas.

Tottenham sudah mendahului 1-0 melalui jaringan penalti Dele Alli pada minit ke-10 sebelum Kane dimasukkan.

Alli dijatuhkan oleh penjaga gawang Wolves Jose Sa dan pemain tengah itu menyempurnakan sepakan penalti itu sendiri untuk gol liga pertamanya sejak Mac 2020.

Di St Mary’s, United gagal meneruskan momentum membenam Leeds 5-1 minggu lepas dengan gol sendiri Fred meletakkan kelab dari Manchester itu ketinggalan 1-0.

Walaupun anak buah Ole Gunnar Solskjaer kecewa dengan keputusan tersebut, mereka berjaya menyamai rekod 27 perlawanan di tempat tanpa kalah di tempat lawan yang dipegang oleh Arsenal.

Southampton mendahului permainan pada minit ke-30 selepas Jack Stephens membentes Bruno Fernandes dan mencuri bola sebelum membuat hantaran kepada Moussa Djenepo.

Pemain Mali itu bekerjasama dengan Adam Armstrong untuk melorongkan bola kepada Che Adams.

Rembatan Adams terkena kaki Fred dan melepasi jangkauan David de Gea.

Greenwood menjaringkan gol penyamaan selepas menerima umpanan daripada Paul Pogba pada minit ke-55. - AFP

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Masuk Padang, Kibar Bendera Palestin

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Penjaga Gol Chelsea Kepa Arrizabalaga Sah Dipinjamkan ke Real Madrid

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Ronaldo Akan Tinggalkan Manchester United Serta-Merta

4

Sukan 3 tahun yang lalu

United Pasukan Tercorot Liga Buat Kali Pertama Dalam 30 Tahun

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad