web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penang FC Benam Sabah 3-0

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2021 8:06AM

Penang FC kini berada di kedudukan ke-3 carta Liga Super selepas menewaskan Sabah FC 3-0 pada perlawanan di Stadium Likas, malam tadi. - Gambar dari Facebook Penang Football Club

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penang FC melonjak ke tangga ketiga carta Liga Super, selepas menewaskan Sabah FC 3-0 pada aksi yang berlangsung dalam hujan lebat di Stadium Likas, malam ini.

Penyerang import dari Brazil, Anselmo Arruda da Silva atau lebih dikenali sebagai Casagrande,  muncul wira buat skuad kendalian Tomas Trucha, apabila menjaringkan dua gol menerusi tandukan masing-masing pada minit ke-38 dan ke-54.

Pemain import dari Tajikistan, Sheriddin Boboev menambah derita buat Sabah, apabila bijak menghukum kealpaan benteng pertahanan tuan rumah dengan membuat larian solo melepasi tiga tonggak pertahanan untuk meledak gol ketiga skuad Harimau Kumbang pada minit ke-67.

Kemenangan ini menyaksikan Penang berjaya mengatasi Selangor FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk menduduki tempat ketiga dengan 34 mata, 14 mata di belakang pendahulu Johor Darul Ta’zim (JDT), yang hampir pasti merangkul gelaran Liga Super kelapan berturut-turut.

Sementara itu, Melaka United pula gagal menggunakan peluang beraksi di laman sendiri apabila diikat 1-1 oleh pasukan tercorot liga, UiTM FC di Stadium Hang Jebat.

Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan terlebih dahulu membuka jaringan menerusi S Kumaahran pada minit ke-44, namun UiTM berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-83 menerusi Victor Nirennold.

Bagaimanapun keputusan itu tidak banyak membantu UiTM, yang hampir pasti tersingkir ke saingan Liga Premier musim depan, apabila menduduki tempat ke-12 dengan hanya enam mata selepas 18 perlawanan.

Melaka United berada di kedudukan kesembilan berdasarkan kelebihan jaringan walaupun berkongsi 17 mata bersama Sri Pahang FC (10), manakala Perak FC kekal di zon penyingkiran apabila berada di tempat ke-11 dengan 13 mata selepas 19 perlawanan.

Saingan Liga Premier menyaksikan Sarawak United FC kembali merampas kedudukan teratas carta selepas membenam skuad Projek FAM-MSN 4-0 di Stadium UiTM, Shah Alam.

Skuad kendalian E Elavarasan membuka jaringan menerusi Sandro Da Silva pada minit ke -21, sebelum Taylor Francis George Regan (minit ke-42), Muhammad Gopi Rizqi Ramachandra (minit ke-84) dan Nur Shamie Iszuan Amin (minit ke-89) menyumbat bola ke gawang lawan.

Sarawak United berada di puncak carta dengan 34 mata selepas 16 perlawanan, kelebihan dua mata berbanding Negeri Sembilan, diikuti Terengganu II (29) dan JDT II (27).

Pasukan Perak FC II pula gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri, apabila tewas 0-3 kepada PDRM FC di Stadium Perak, Ipoh, hasil jaringan pemain import dari Jepun, Bruno Suzuki pada minit ke-12 dan 29, serta Mohamad Nabil Ahmad Latpi pada minit ke-21. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 18 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar