web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tubuh Pusat Pembangunan Tinju, Sapok Biki Lahirkan Pelapis Tinju Sarawak

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2021 12:35PM

Sapok Biki melatih seorang peninju muda di Pusat Pusat Pembangunan Tinju Sapok Biki di Kota Samarahan.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA SAMARAHAN - Selepas bersara dari arena antarabangsa, petinju kelahiran Sarawak yang pernah mengharumkan nama negara selepas memenangi pingat emas pada Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998, Mejar Sapok Biki, memberi sepenuh tumpuan kepada kerjaya sebagai anggota tentera.

Dia yang bertugas di Kem Penrissen, Batu Lapan, Kuching, turut menubuhkan Pusat Pusat Pembangunan Tinju Sapok Biki sejak dua tahun lalu di kediamannya di Uni Garden, Kota Samarahan.

Sapok Biki melatih seorang peninju menerusi Pusat Pembangunan Tinju Sapok Biki yang ditubuhkannya.
Sapok Biki melatih seorang peninju menerusi Pusat Pembangunan Tinju Sapok Biki yang ditubuhkannya.

Sapok, kini berusia 47 tahun, menubuhkan pusat itu yang dinaungi Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) dan kerap dijemput untuk memberi ceramah dan motivasi mengenai sukan tinju di seluruh tanah air sejak 2001.

Menurutnya yang dilahirkan di Kampung Isu Lama, Simunjan, pusat berkenaan dianggotai 35 ahli, terdiri daripada remaja dan belia, berusia antara 15 hingga 21 tahun di sekitar Kuching dan Kota Samarahan.

"Tujuan penubuhan pusat ini adalah bagi mencungkil bakat muda di Sarawak dalam arena sukan tinju melalui latihan dan tunjuk ajar, selain menerapkan disiplin dalam diri mereka.

"Bagaimanapun, perancangan pusat ini sedikit terjejas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) berikutan penularan pandemik COVID-19," katanya kepada Getaran hari ini.

Berikutan itu, Sapok berkata, kesemua pelatih di pusat itu hanya menjalani latihan di rumah masing-masing sambil dipantau rakaman video.

"Ya, kewujudan Pusat Pembangunan Tinju Sapok Biki terjejas pada masa sekarang akibat pandemik COVID-19.

"Namun, kita sentiasa meniup semangat di kalangan ahli supaya menjalani latihan sendiri sementara menunggu situasi COVID-19 reda," kata bapa kepada lima anak itu.

Bercerita mengenai permulaan pembabitan dalam sukan tinju, Sapok berkata, dia pada asalnya meminati sukan olah raga dan sepak takraw, namun menjadikan legenda tinju dunia, Allahyarham Muhammad Ali sebagai idola, ketika menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Balai Ringin.

"Minat dalam sukan ini berputik selepas saya menyertai Angkatan Tentera Malaysia(ATM) pada tahun 1993.

"Ketika mengikuti latihan tentera di Port Dickson saya mengikuti latihan tinju dan menyertai beberapa pertandingan yang diadakan di beberapa kem tentera, serta berupaya mencatatka kemenangan," katanya.

Sapok Biki menang pingat emas dalam kategori Light Flyweight 48 kilogram pada Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur.
Sapok Biki menang pingat emas dalam kategori Light Flyweight 48 kilogram pada Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur.

Bermula dari situ, Sapok tidak lagi menoleh ke belakang dan bertekad terlibat secara serius dalam sukan tersebut.

"Penyertaan saya dalam peringkat antarabangsa bermula selepas dipilih mewakili negara dalam Sukan Komanwel di Indonesia pada tahun 1994, selain Sukan SEA di Brunei, Malaysia dan Jakarta.

"Antara sekian banyak kejohanan yang disertai, pingat emas dalam kategori Light Flyweight 48 kilogram pada Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur saya anggap paling luar biasa," katanya, sebak mengimbau detik gemilang itu.

Menurutnya, dia tidak menyangka mampu menewaskan peninju Kenya, Mosses Kinyua, yang juga atlet terbaik selama empat tahun di Kejohanan Afrika pada temasya tersebut.

Sapok memberitahu, dia sebenarnya hampir terlepas peluang beraksi di Sukan Komanwel kerana menjalani kecederaan serius sewaktu berlatih di Thailand.

"Saya cedera di bahagian hidung dan terpaksa menerima suntikan bagi menghentikan pendarahan," katanya.

Selain melatih pelapis, Sapok turut giat mengasuh dua anak lelakinya, masing-masing berusia 13 dan 20 tahun untuk berjinak dalam sukan tinju.

"Mereka adalah harapan saya untuk meneruskan legasi Sapok Biki," katanya. - Getaran, 22 Ogos 2021

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar