web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Singapura Sambut Kelahiran Pertama Anak Panda Gergasi 

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2021 2:16PM

Jia Jia menggonggong anaknya yang dilahirkan pada 14 Ogos. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Singapura pada Sabtu menyambut kelahiran anak pertama panda gergasi ‘Jia Jia’ dengan pasangannya ‘Kai Kai’, di Safari River.

Menurut Wildlife Reserves Singapore (WRS), jantina anak panda seberat 200 gram itu belum dapat dipastikan dan akan diumum kemudian.

“Pada Julai, imbasan ultrasound menunjukkan tanda-tanda Jia Jia hamil dan sejak itu pihak kami senantiasa memantau perkembangannya,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif WRS Dr Cheng Wen-Haur, dalam satu kenyataan di sini.

Dr Cheng yang juga Ketua Sains Hayat berkata panda gergasi betina itu mengalami kepseudobuntingan, iaitu keadaan bunting yang tidak benar walaupun terdapat simptom.

“Pada 10 Ogos ketika doktor haiwan menjalankan pemeriksaan ultrasound mendapati adanya janin dan degupan jantung,” kata Dr Cheng.

Pada April tahun ini, menurut WRS Kai Kai yang berumur 13 tahun dan Jia Jia, 12 tahun mula menunjukkan tanda-tanda ingin mengawan. Tempoh bunting untuk panda adalah lima bulan.

WRS dan Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan China untuk Panda Raksasa (CCRCGP) kemudian bekerjasama untuk memulakan pelan pembiakan.

Kai Kai dan Jia Jia yang berasal dari Pusat Panda Ya’an Bifengxia, Chengdu, China tiba di Singapura pada 6 September 2012. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar