web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Projek Kongsi Makanan: Sumbangan Untuk Penduduk Johor Yang Terjejas

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Aug 2021 10:42AM

Projek Berkongsi Makanan antara Singapura dan Johor ini akan berlangsung hingga 5 September. - Gambar dari Berita Mediacorp

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Projek Berkongsi Makanan antara Singapura dan Johor telah digerakkan bagi memberikan sumbangan kepada keluarga miskin di Johor, yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Dalam tempoh 6 hari dilancarkan, ia telah mengumpul sebanyak $40,000, sekali gus membolehkan lebih 1,100 bakul barangan dapur didermakan kepada penduduk di Johor.

Seramai 100 keluarga asnaf di kawasan Masai di Johor Bahru dijangka menerima bungkusan barangan dapur tersebut, hari ini.

Projek berkenaan diusahakan oleh pengasas Travelustaz.com, Mahfuz Al-Hafiz Abdul Rahman yang melaksanakannya kerana rasa terdorong untuk menggerakkan usaha bagi masyarakat Singapura berkongsi rezeki dengan keluarga-keluarga miskin di Johor.

Ia akan berlangsung sehingga 5 September ini. 

Mahfuz Al-Hafiz Abdul Rahman
Mahfuz Al-Hafiz Abdul Rahman

Menurut Mahfuz,  pada asalnya, Projek Berkongsi Makanan ini hanya menyasarkan untuk mengumpul $3,500 namun kini jumlah bakul makanan yang dapat diagihkan setakat ini adalah 11 kali lebih tinggi daripada sasaran asal.

"Saya begitu gembira sekali walaupun kita dalam keadaan sekarang COVID-19 tapi di sana ada sifat ihsan, sifat kemanusiaan untuk kita nak membantu mereka-mereka yang ada tanpa mengira negara, bangsa dan juga agama.

"Walaupun dalam keadaan COVID-19, kita tak dapat keluar, tak dapat rentas sempadan tapi sumbangan kita dapat sampai kepada mereka,'' katanya seperti yang dilaporkan oleh Beritamediacorp.

Bagi membeli barangan keperluan harian di Johor Bahru, Mahfuz bekerjasama dengan Pusat Rawatan Islam Terapi Bil Quran (TBQ) yang berpangkalan di sana.

Bagi mengagihkan bakul-bakul makanan semasa Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Johor pula, mereka mendapatkan bantuan kumpulan relawan Pertubuhan Ihsan Johor.

Barangan yang disumbangkan kepada penduduk yang memerlukan dan terjejas akibat COVID
Barangan yang disumbangkan kepada penduduk yang memerlukan dan terjejas akibat COVID

Setiap bakul makanan mengandungi sekitar 20 barangan dapur seperti 5 kilogram beras, 30 biji telur, seekor ayam dan minyak masak.

Setakat ini, 160 keluarga asnaf di Muar dan lebih 180 keluarga asnaf di kawasan Plentong sudahpun menerima bakul-bakul makanan tersebut.

Dalam pada itu, mengulas mengenai projek berkenaan, sukarelawan TBQ dan Pertubuhan Ihsan Johor, Mohd Azroy Azhar berkata:

"Mereka tidak dapat bekerja, mereka tidak dapat mencari sumber pendapatan untuk meneruskan kelangsungan hidup, jadi... kami memainkan peranan untuk berkongsi kasih sayang dan membantu mereka terutama dalam bentuk barang keperluan makanan insya-Allah.

"Apabila kita melihat orang susah, kita bayangkan itu adalah ibu ayah kita, itu adalah keluarga kita. Mereka sangat-sangat memerlukan kerana mereka sangat terjejas, jadi hubungan antara dua-dua negara ini perlu diteruskan, perlu ada kerjasama yang lebih erat supaya kita dapat membantu lebih ramai yang memerlukan.

Seorang lagi sukarelawan Pertubuhan Ihsan Johor, Norsyakinah Abdullah juga melahirkan harapannya supaya kerjasama dua negara ini akan berterusan.

"Semoga kolaborasi dua negara ini dapat berterusan... supaya mereka sama-sama dapat merasai kenikmatan yang sama kita capai, supaya tidak ada yang tertinggal dan tidak ada yang sengsara dalam tempoh pandemik ini,'' katanya. - Berita Mediacorp

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad