web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Singapura Nasihat Rakyatnya Tinggalkan Myanmar, Keadaan Tak Menentu

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2021 8:43AM

Gambar yang dirakamkan pada bulan Mac lalu menunjukkan seorang lelaki mengalami kecederaan selepas ditembak dengan peluru getah dalam protes yang diadakan di Yangoon. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Singapura menasihati warganya di Myanmar mempertimbangkan untuk meninggalkan negara itu secepat mungkin menerusi penerbangan komersial berikutan keadaan tidak menentu serta peningkatan kes COVID-19. 

"Warga Singapura yang memilih untuk kekal berada di Myanmar harus mempertimbangkan risiko kesihatan dan keselamatan diri mereka," kata Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan dalam jawapan bertulisnya di Parlimen.

Balakrishnan ditanya mengenai jumlah rakyat Singapura yang masih berada di Myanmar; dan sama ada akan ada penerbangan bantuan yang dijadualkan pada Ogos 2021.

Menteri itu berkata buat masa ini, sekitar 240 warga Singapura telah mendaftar dengan Kementerian Luar Singapura (MFA).

Ketika ini, terdapat tiga penerbangan bantuan seminggu disediakan dari Yangon ke Singapura, dikendalikan Singapore Airlines dan Myanmar National Airlines.

Namun, Balakrishnan berkata tiada jaminan bahawa penerbangan bantuan ini akan dilaksanakan secara berkala sepanjang Ogos dan seterusnya.

"Dalam senario seperti itu, kami juga mungkin tidak diberi kelulusan untuk melakukan penerbangan pulang," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 9 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar