web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes COVID Meningkat, Singapura Kembali Ketatkan SOP

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2021 1:57PM

Makan di kedai makan tidak dibenarkan mulai esok, selepas Singapura kembali ke Fasa 2. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Menjamu selera di kedai makan tidak dibenarkan dan jumlah mereka yang hadir dalam perhimpunan sosial telah dihadkan kepada dua orang selepas Singapura kembali ke Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) susulan peningkatan kes COVID-19.

Langkah-langkah berkenaan berkuat kuasa mulai esok hingga 18 Ogos, sekali gus menggantikan peraturan yang diumumkan pada Isnin lalu, lapor Berita Mediacorp.

Dalam pelaksanannya Fasa 2 itu, kerajaan akan menyemak semula semula langkah-langkah tersebut dalam dua minggu dan akan menyesuaikannya berdasarkan keadaan pada waktu itu.

Pasukan bertindak berbilang kementerian COVID-19 memutuskan untuk tidak melaksanakan langkah berbeza-beza bagi mereka yang sudah divaksinasi sepenuhnya, namun akan mempertimbangkan langkah sedemikian apabila kadar vaksinasi bertambah atau keadaan menjadi stabil, kata pengerusi bersama pasukan bertindak Gan Kim Yong.

"Kami tahu bahawa berita ini sangat menghampakan dan mengecewakan banyak pihak, terutama bagi perniagaan dalam sektor seperti F&B. Sektor-sektor ini telah sangat terjejas memandangkan sekatan-sekatan sebelum ini, mereka juga bekerja keras untuk menyesuaikan diri dengan perubahan peraturan,” kata Gan, yang juga Menteri Perdagangan dan Perusahaan.

Mengikut peraturan baru itu, mulai esok jumlah mereka dibenarkan dalam perhimpunan sosial akan dikurangkan daripada lima kepada dua orang.

Jumlah tetamu di rumah juga dihadkan kepada dua orang setiap hari.

Semua perniagaan F&B, termasuk pusat penjaja dan kedai makanan, hanya boleh menawarkan khidmat penghantaran serta bungkus dan dibawa pulang mulai Khamis.

Sementara aktiviti lain tanpa pelitup muka, seperti kelas senaman berat dalam ruang tertutup atau kegiatan sukan dan senaman di tempat tertutup secara individu mahupun berkumpulan, juga dihentikan.

Manakala 'facial' dan sauna, serta menyanyi dan memainkan alat muzik tiup juga tidak dibenarkan.

"Sekatan ini tidak merangkumi nasihat perubatan dan pergigian yang memerlukan pesakit membuka pelitup. Rawatan muka bukan untuk sebab perubatan tidak akan dikecualikan dari sekatan ini,” katanya. - Berita Mediacorp

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad