Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Perkhidmatan Pengangkutan Ziarah Perkuburan Di Singapura

Terdapat pelbagai syarikat kecil milik warga Singapura berbangsa Melayu yang mengambil inisiatif untuk memberikan khidmat pengangkutan ulang-alik menziarahi kawasan perkuburan.

Singapura Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2021 11:07AM

Puan Zainab dan Encik Isa menawarkan perkhidmatan van untuk ziarah kubur di Singapura

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak semua rakyat Singapura memiliki kenderaan peribadi sendiri untuk bergerak ke mana-mana.

Sekiranya mereka berhajat menziarahi pusara atau kubur-kubur insan yang disayangi, mereka harus pastikan akan ada pengangkutan untuk membawa mereka masuk ke kawasan perkuburan serta menghantar mereka pulang.

Agak sukar juga jika ramai ahli keluarga ingin berkunjung ke kawasan perkuburan yang sama. Dengan cuaca Singapura yang panas kini, akan membuat seseorang itu merasa lebih letih ketika ziarah kubur. Lantaran itu, apakah solusinya?

Rupa-rupanya, sudah sekian lama ada individu atau pelbagai syarikat kecil milik warga Singapura berbangsa Melayu yang mengambil inisiatif untuk memberikan khidmat pengangkutan ulang-alik ke kubur meskipun tidak banyak liputan seranta mengenai mereka.

Mereka ini menyediakan pelbagai pilihan pengangkutan dalam perkhidmatan mereka. 

Pilih sahaja jenis kenderaan biasa seperti kereta atau van selesa yang berhawa dingin yang boleh memuatkan seramai 12 orang.

Mereka juga menetapkan tempahan paling minimal sekitar empat jam lamanya.

Siapakah mereka ini? Getaran mengajak anda mengenali pemandu-pemandu ini dengan lebih dekat lagi.

 

1. Puan Zainab Hashim dari Van Diesel Services

Puan Zainab menceburi bidang ini sekitar tiga tahun lepas di mana dia sekadar ingin mencuba-cuba sahaja pada mulanya. Setelah mendapat sambutan baik, dia menawarkan khidmat pengangkutan secara tetap ke dua buah kubur di Singapura secara sepenuh masa kini.

Jelasnya, “Bila anak-anak dah besar saya buat keputusan membuat sesuatu yang saya suka iaitu memandu.”

Puan Zainab menggunakan van Toyota Hiace yang baru untuk khidmat ini. Pelanggan boleh membuat tempahan untuk perkhidmatan selama empat jam di mana Puan Zainab akan menjemput pelanggan dari lokasi-lokasi yang telah diberikan lebih awal.

Jarang sekali untuk kaum wanita menawarkan khidmat ini namun baginya tiada masalah disebabkan minat beliau untuk memandu.

Apakah beliau pernah didatangi oleh permintaan yang agak pelik sepanjang pengalamannya sejauh ini?

Kongsinya, “Ada pelanggan India minta saya jemputnya pukul 11.30 malam untuk ke kubur dan harus sampai ke kubur 12 tengah malam. Saya tak buat, bukan sebab takut hantu tapi keselamatan saya harus dijaga.”

Untuk permintaan sedemikian, beliau akan menawarkannya kepada pemandu lain dalam kumpulan mereka yang sanggup menerima tugasan itu.

Puan Zainab berasa puas dapat membuat pelanggan gembira dan dapat bertemu orang-orang tersayang serta dapat melepaskan rindu mereka pada yang telah pergi.

Apakah keistimewaan khidmat Van Diesel Services beliau?

“Senyuman saya (ketawa). Sebenarnya bila kita buat sesuatu ikhlas, orang akan tahu. Kita harus sabar sebab kadang ada nak pergi makan lepas ziarah kubur jadi saya hantar jugak. Tiada kos tambahan. Ini servis tambahan yang akan buat mereka cari saya balik,” katanya.

Untuk yang berminat boleh menghubungi Puan Zainab dari Van Diesel Services, +65 9788 2335.

2. Encik Isa Bin Ibrahim

Encik Isa pula rasa gembira dapat memberikan kemudahan bagi mereka yang tiada kenderaan untuk ziarah kubur-kubur di Singapura. 

Terangnya “Kubur-kubur Islam di Singapura agak dalam. Lagipun hentian bas jauh dari kubur dan nak jalan kaki masuk ke kawasan kubur jauh. Mereka perlu jalan dalam cuaca panas untuk cari plot kubur-kubur.”

Selalunya, waris dan keluarga akan ziarah beberapa plot kubur sekaligus kerana ia adalah lebih praktikal. Dengan menyediakan khidmat ini, ia memudahkan kunjungan mereka.

Encik Isa telah memulakan khidmat ini sejak 2013. Sebelum pandemik dahulu pasti akan ada tempahan setiap hujung minggu.

Namun, permintaan itu berkurangan apabila COVID-19 melanda disebabkan oleh prosedur operasi standard (S.O.P) ketat yang telah ditetapkan katanya. Kongsinya, sekarang ini hanya 5 orang dibenarkan untuk menziarah kubur pada satu masa. 

“Kurang 70 peratus sekarang. Pelanggan yang biasa dengan saya tak kisah sebab perkhidmatan yang saya berikan,”katanya lagi.

Beliau gemar menghiasi bahagian dalam van mengikut tema tertentu dan ada meletakkan gitar-gitar kecil juga. Warna cat van sering ditukar supaya kelihatan lebih menarik, lain dari van lain dan sedap dipandang mata apabila berada di dalam van.

“Mungkin sebab harga saya berikan berpatutan dan perkhidmatan memuaskan. Saya tak berkira kadang-kadang perkhidmatan terlebih setengah jam pun saya tak kira.

“Kita dapat membuat satu fardu kifayah dengan memberikan lebih sedikit seperti sediakan air mineral, payung, bangku untuk mereka duduk. Ada sesetengah yang tak dapat cari tapak kubur jadi saya tolong carikan. Bila mereka gembira, saya rasa puaslah,” katanya menutup bicara.

Untuk yang berminat boleh menghubungi Encik Isa dari Van Diesel Singapore di talian +65 8424 9224. - Getaran, 17 Julai 2021.

Gambar Puan Zainab oleh Freda Hassan, Gambar Encik Isa oleh Encik Isa

Isu Pada

Anugerah Terindah Alif Satar and The Locos

17 Jul 2021

Sorotan

1

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

2

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

3

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

5

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

6

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

7

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

KPT Salur Bantuan Pendidikan, Pengecualian Yuran IPT Anak Mangsa Nahas Helikopter

Semasa 1 hari yang lalu

Permohonan Pekebun Musang King Cabar Notis Kosongkan Tanah Ditolak

Politik 1 hari yang lalu

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Luar Negara 1 hari yang lalu

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara