Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Minum Petang Santai Nan Mewah Bersama Scratch Bakeshop Singapura

Rindu bersantai-santai petang di kafe atau restoran sambil menikmati secangkir teh? Scratch Bakeshop Singapura boleh membawa nikmat 'high tea' ke rumah anda!

Singapura Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2021 11:05AM

Gambar: Instagram @scratch_bakeshopsg

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cuba bayangkan situasi ini di kota Singa. Anda ingin menikmati sajian high tea halal tetapi malas untuk keluar rumah atau dine in tidak dibenarkan kini disebabkan oleh pandemik? Jangan bersedih.

Hasrat anda akan tercapai sekiranya anda membuat tempahan dengan Scratch Bakeshop di Singapura, yang merupakan perniagaan berasaskan rumah yang disediakan oleh seorang usahawan wanita bernama Puan Julia Idris.

Bahkan, kotak yang disediakan untuk menampung sandwic enak serta tart oleh Scratch Bakeshop ini sangat cantik dan berkuailti setaraf seperti kotak yang disediakan oleh hotel-hotel ternama di Singapura.

Idea ini adalah sangat bijak dan cemerlang!

Ketika dihubungi baru-baru ini, wanita peramah tetapi pemalu ini mengatakan bahawa beliau telah memulakan perniagaan ini pada bulan Ogos tahun lepas dengan membuat set up high tea di rumah pelanggan yang inginkan mengadakan jamuan high tea.

Pada mulanya, Puan Julia akan membawa teko elegan serta set cawan bersesuaian sekali set up high tea tersebut di rumah pelanggan. 

Namun dia sedar ia adalah sesuatu yang tidak praktikal untuk dilakukan kerana setelah membuat set up tersebut, Puan Julia harus mengambilnya kembali dan ini agak memenatkan dan mengambil masa untuk berulang-alik.

Alasan itulah yang membuatnya menukar strategi dengan menyiapkan sahaja kotak yang mempunyai empat lapisan dan dihantar kepada pelanggan. Dia sebenarnya telah bergelar pembuat kek sejak tahun 2013 lagi dengan membuat cupcakes dan mempunyai kedai sendiri ketika itu.

Antara juadah yang dimasukkan dalam kotak istimewa high tea Scratch Bakeshop ialah English Breakfast Teabags, Earl Grey Teabags, English Buttermilk Scones termasuk Jem, Honey and Clotted Cream.

Untuk savuri pula ada Mini Turkey Ham Sandwiches, Egg Mayo Vol Au Vents, Chicken Quiches, Curry/Chicken Puffs. Seleksi manisan termasuklah Petit Cheesecakes, Les Tartes, Choux Au Craquelins, L'eclairs dan Fruit Tartelettes.

Menarik, kan? Kandungan kotak high tea itu bergantung pada musim jelas Puan Julia.



Egg Vol Au Vent (sandwic) ala Perancis diisi dengan mayonis telur. Kalau Ramadan kita letak kuih-muih Melayu seperti puteri salat (kuih seri muka) dan kole-kole. Raya kita buat isi sabsuka, kalau Krismas isi salmon. Tart telur kami mengandungi isi coklat dan tak manis.”

 Untuk sekarang ini, seleksi high tea box adalah biasa dan standard memandangkan ia bukanlah musim perayaan.

 Apakah benar sajian kotak high tea Scratch Bakeshop tidak 100 peratus ala Inggeris seperti yang disangkakan oleh sesetengah penggemar high tea selalunya?

Ini jawapan Puan Julia kepada kami, “Walaupun ada scone ia bukan 100 peratus Inggeris. Ikut pada perayaan, seperti Tahun Baru Cina kita masukkan ang ku kuih sesuai dengan perayaan tersebut.”

Ini pula perkongsian lebih lanjut usahawan tersebut mengenai kotak high tea hasil kreativitinya itu. “Saya memenuhi keperluan orang-orang yang berumur macam ibu saya( ketawa). Dia tak suka manis-manis.

“Orang lama kan suka epok-epok atau yang tak manis. Saya tak nak semua kek sahaja dalam box nanti muak jadi saya lebih gemar mencampurkannya. Kita tukar isi ayam atau tuna sebab ada pelanggan yang tempah berulang kali jadi ada variety.”

Sewaktu penulis mencari high tea box halal yang membuat penghantaran di Singapura, hanya Scratch Bakeshop yang menawarkan khidmat sedemikian setakat ini.

Ini pula respons Puan Julia ketika ditanya mengenai hal tersebut, “Untuk yang halal saya rasa mungkin kami yang pertama membuatnya sejak Julai 2020. Setakat ini saya tak pernah nampak yang lain tapi saya tak dapat pastikan tentang hal ini.”

Scratch Bakeshop dibantu oleh dua petugas buat masa sekarang ini. Sambutan terhadap kotak high tea mereka sangat menggalakkan.

Pada hari-hari biasa, Puan Julia menerima sebanyak 10 tempahan kotak tersebut. Sewaktu musim perayaan atau hari bapa atau hari kekasih pula, mereka boleh mendapat sebanyak 35 tempahan.

Sambungnya sambil tertawa, “Kalau saya dapat lebih daripada 20 saya dah takut sebab banyak perlu dibuat." - Getaran, 27 Jun 2021

Semua gambar: Scratch Bakehouse Singapura

Isu Pada

Nurul Shamsul - Citra Perempuan Melawan

26 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Trend 'Alamak' Dah Merebak Ke Singapura 

2

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Singapura Akan Naikkan Usia Persaraan, Bekerja Semula Pada 2026

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Luar Negara 2 jam yang lalu

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

Politik 9 jam yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

Semasa 3 jam yang lalu

Kedutaan AS Sangkal Kenyataan Gilley, Malaysia Selamat Untuk Dilawati

oleh Wartawan Getaran