web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Resipi Hidangan Popular Singapura

Memandangkan kita masih tidak boleh merancang percutian ke Singapura, apa kata cuba masak dua hidangan popular segara itu di dapur sendiri. Belum cuba, belum tahu.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2021 8:58AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malaysia memang syurga makanan, tetapi negara jiran kita, Singapura juga tidak kurang hebatnya. Setiap kali menjejakkan kaki ke Singapura, pasti ramai yang tidak melepaskan peluang untuk menikmati Rojak Singapura, Martabak Singapura, Ketam Cili Singapura dan Mi Udang Hokkien.

Walaupun menu-menu ini juga mudah didapati di sini, namun keaslian rasanya lebih menyerlah di sana.

Memandangkan kita masih tidak boleh merancang percutian ke Singapura, apa kata hasilkan sendiri menu yang anda gemari di dapur sendiri. Belum cuba, belum tahu. Mana tahu boleh berkongsi rezeki dengan teman atau keluarga yang tinggal berhampiran.

Berikut dua resipi hidangan popular dari Singapura untuk anda cuba di rumah!

 

Laksa Singapura (Untuk dua hidangan)

Bahan-bahan :

Bihun dicelur dan toskan

8 ekor Udang Raja, dibersihkan (jangan buang)

1 sudu besar gula merah

1 sudu besar sos ikan

400 ml santan 

25 gram kepingan tauhu dan tau pok

2 sudu minyak masak

Stok udang :

Kulit dan kepala udang yang dibersihkan tadi

5 cawan air 

2 cawan stok ayam

2 sudu minyak masak

Kuah Laksa:

15 biji cili kering

2 tangkai cili merah

3 sudu besar udang kering, direndam

1 sudu kecil belacan

8 ulas bawang putih

1 biji bawang merah

1 inci halia, 

1 inci lengkuas 

2 inci kunyit

30 gram buah keras 

1 batang serai

Cara penyediaan:

1) Bersihkan udang dan asingkan kulit dan kepalanya dalam satu mangkuk. Kemudian kisar dan masukkan isi udang ke dalam mangkuk lain.

2) Untuk membuat stok udang, panaskan minyak masak di dalam periuk besar dengan api sederhana tinggi. Masukkan kulit dan kepala udang serta kacau selama 5 minit, hancurkan kepala untuk mendapatkan perisa udang yang lebih kuat.

3) Masukkan air dan stok ayam, kemudian biarkan selama 45 minit supaya stoknya menjadi pekat. Setelah itu, tapis stok ke dalam mangkuk.

4) Kisar cili kering, cili merah, udang kering, belacan, bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, kunyit, buah keras dan serai. Kisar sehingga lumat.

5) Panaskan minyak masak di dalam periuk besar. Kemudian masukkan pes laksa dan masak selama 5 minit sehingga wangi. Masukkan gula merah, sos ikan, santan dan stok udang dan kacau sehingga sebati. Rebus campuran selama 15 minit, lalu masukkan udang dan tauhu. Masak selama 3 minit hingga selesai.

6) Untuk menghidangkan, masukkan bihun ke dalam mangkuk kemudian letakkan di atasnya dengan tauge, kerang, hirisan kek ikan atau telur rebus (jika mahu). Letakkan kuah dan sedia untuk dimakan.

Resipi : https://tasty.co/recipe/

Foto : https://canadiancookingadventures.com/ 

 

 

Sup Tulang Merah Singapura

Bahan-bahan:

1 kg tulang gear box@ tulang rawan

1/2 cawan sos tomato

1/4 cawan sos cili

1/4 cawan cili kering kisar

Minyak masak

1/2 sudu besar puri tomato 

5 biji bawang putih-kisar

5 biji bawang merah-kisar

1 inci halia-kisar

1 sudu besar jintan manis- disangai tanpa minyak

1 sudu besar jintan putih- disangai tanpa minyak

1/2 sudu teh serbuk lada hitam

Rempah empat sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih)

Garam

Perasa

3 liter air (merebus)

Daun sup

Daun bawang

Bawang goreng

Cara Penyediaan:

1) Rebus tulang gear box sebentar bagi membuang air darah pada daging 

2) Buang air dan rebus semula dgn 4 liter air sehingga 2 jam

3) Apabila tinggal 30 minit sebelum cukup masa 2 jam merebus, mulakan tumisan sup.

4) Panaskan minyak dan tumis rempah empat sekawan dan bahan kisar sehingga naik bau.

5) Masukkan jintan manis dan putih (kisar terlebih dahulu jintan-jintan tersebut).

6) Masukkan sos tomato, sos cili dan puri tomato.

7) Masukkan semua bahan tumisan dlm rebusan tulang tadi dan masak sehingga kuah menjadi pekat.

8) Masukkan serbuk lada hitam, garam dan perasa.

9) Hiaskan dengan daun bawang, daun sup dan bawang goreng dan sedia dimakan bersama nasi putih atau roti kosong. - Getaran, 19 Jun, 2021

Resipi : https://www.facebook.com/resipisheilarusly

Foto : Dapur Laila 



 

Isu Pada

YHB Sleepsalot Mencari Suara Sendiri

19 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara