web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gaji Asas Pekerja Pembersihan Di Singapura Dinaikkan Lagi

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2021 1:57PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Gaji minimum dalam sektor pembersihan akan dinaikkan sekurang-kurangnya S$170 (RM529) setiap tahun, selama enam tahun berturut-turut berkuat kuasa 1 Julai 2023.

Langkah ini antara yang diusulkan Perikatan Tiga Pihak bagi Kelompok Pekerja Pembersihan (TCC) selepas melakukan semakan terbaru terhadap Model Gaji Progresif (PWM) bagi sektor berkaitan, lapor Mediacorp.

Misalnya, gaji bulanan asas seorang pekerja pembersihan am akan meningkat daripada $1,312 (RM4,084) tahun depan kepada $1,570 (RM4,887) pada 2023, iaitu bertambah 19.7 peratus.

Gaji bulanan asas itu akan meningkat 10.8 peratus kepada $1,740 (RM5,416) pada 2024, 9.8 peratus kepada $1,910 (RM5,946) pada 2025, 8.9 peratus kepada $2,080 (RM6,475) pada 2026, 8.2 peratus kepada $2,250 (RM7,004) pada 2027, dan 7.6 peratus kepada $2,420 (RM7,533) pada 2028.

Ini bermakna pekerja pembersihan am akan menikmati kenaikan gaji kumulatif sebanyak 85 peratus sepanjang enam tahun itu.

Umumnya, gaji asas para pekerja akan “disesuaikan” antara 2023 hingga 2025 bagi mencerminkan “keinginan tinggi” untuk menaik taraf upah para pekerja pembersihan dan mengurangkan ketidaksetaraan pendapatan dengan pekerja sektor lain. - Getaran, 11 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad