web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sultan Johor Lawat Tapak Projek RTS Di Woodlands

Singapura Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 6:38PM

Keberangkatan tiba Sultan Johor dan delegasi disambut Menteri Pengangkutan Singapura, S. Iswaran dan pegawai kanan syarikat pemaju projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link, SMRT Corporation Ltd - Gambar laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini (21 Julai) berkenan berangkat melawat tapak projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link di Terminal Woodlands North, Singapura bagi menyaksikan sendiri perkembangan projek berkenaan.

Keberangkatan tiba Sultan Johor dan delegasi disambut Menteri Pengangkutan Singapura, S. Iswaran dan pegawai kanan syarikat pemaju projek itu, SMRT Corporation Ltd. 

Turut mengiringi baginda Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani.

RTS Link ialah perkhidmatan ulang-alik transit aliran ringan sejauh empat kilometer antara Stesen Bukit Chagar di Johor Bahru dan Stesen Woodlands North di Singapura - Gambar laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim
RTS Link ialah perkhidmatan ulang-alik transit aliran ringan sejauh empat kilometer antara Stesen Bukit Chagar di Johor Bahru dan Stesen Woodlands North di Singapura - Gambar laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim

Gambar-gambar lawatan turut dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim hari ini.

RTS Link, perkhidmatan ulang-alik transit aliran ringan sejauh empat kilometer antara Stesen Bukit Chagar di Johor Bahru dan Stesen Woodlands North di Singapura.

Kereta api itu mempunyai kapasiti untuk menampung keperluan 10,000 penumpang setiap jam.

Penumpang akan menikmati pengalaman perjalanan yang pantas dan lancar dengan masa perjalanan hanya kira-kira lima minit antara kedua-dua stesen.

Kemudahan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) penuh Singapura dan Malaysia akan ditempatkan di stesen Woodlands North dan Bukit Chagar, bermakna setiap penumpang hanya perlu menjalani pemeriksaan imigresen sekali sahaja iaitu ketika berlepas. 

Ia dijangka beroperasi pada penghujung 2026 dan dijangka dapat mengurangkan kadar kesesakan di Tambak Johor.

Pembinaan sedang berjalan lancar dengan kontraktor di kedua-dua pihak yakin projek itu dapat disiapkan mengikut jadual. 

Pembinaan sedang berjalan lancar dengan kontraktor di kedua-dua pihak yakin projek itu dapat disiapkan mengikut jadual - Gambar laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim
Pembinaan sedang berjalan lancar dengan kontraktor di kedua-dua pihak yakin projek itu dapat disiapkan mengikut jadual - Gambar laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim

Kerja-kerja infrastruktur di pihak Malaysia, termasuk stesen kereta api, depoh dan 2.7 kilometer jejambat darat dan laut, dikendalikan oleh MRT Corp, anak syarikat Malaysia Rapid Transit System Sdn Bhd.

Pembinaan di Singapura bermula pada Mac 2021.

Stesen kereta api berkenaan akan menjadi satu daripada yang terbesar di republik itu apabila siap kelak dan akan menyediakan perjalanan yang lancar ke Laluan Thomson-East Coast dan stesen MRT Woodlands North.

Rapid Transit System Operations Sdn Bhd (RTSO), usaha sama antara Prasarana Malaysia Bhd dan SMRT Corporation Ltd, akan menjadi pengendali perkhidmatan metro baharu ini.

Sultan Ibrahim dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Singapura bermula Rabu (20 Julai). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

ASEAN Main Peranan Besar Sebagai Jambatan Penyatuan Serantau - PM

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Agong Tiba Di Arab Saudi Untuk Lawatan Negara 4 Hari

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

4

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad