web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kalwant Singh Gagal Rayuan, Jalani Hukuman Mati Esok

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2022 9:07PM

Kalwant Singh - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Mahkamah Rayuan Singapura hari ini menolak rayuan terakhir warga Malaysia, Kalwant Singh, dengan itu beliau akan menjalani hukuman gantung sampai mati seperti yang dijadualkan esok (7 Julai 2022).

Perkara itu disahkan oleh peguamnya Too Xing Ji dari BMS Law LLC yang memberitahu Bernama mengenai keputusan mahkamah itu di sini pada Rabu.

Kalwant, 32, dijatuhkan hukuman mati pada 1 Jun 2016 atas kesalahan mengedar dadah.

Sabitan dan hukuman dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada tahun yang sama, dan berdasarkan keputusan hari ini pelaksanaan hukuman akan dijalankan mengikut jadual, kata Too.

Nyalaan lilin diadakan sebagai bantahan kepada hukuman gantung ke atas Kalwant Singh. - Gambar oleh Nooreeza Hashim
Nyalaan lilin diadakan sebagai bantahan kepada hukuman gantung ke atas Kalwant Singh. - Gambar oleh Nooreeza Hashim
Kalwant, 32, dijatuhkan hukuman mati pada 1 Jun 2016 atas kesalahan mengedar dadah. - Gambar oleh Nooreeza Hashim
Kalwant, 32, dijatuhkan hukuman mati pada 1 Jun 2016 atas kesalahan mengedar dadah. - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Kalwant yang berasal dari Cameron Highlands, Pahang ditahan di Singapura pada 24 Okt 2013 dan disabitkan kesalahan memiliki 60.15 gram diamorphine dan mengedar 120.9gm dadah jenis itu.

Kalwant memfailkan usul kepada Mahkamah Rayuan bagi penangguhan pelaksanaan hukuman serta semakan terhadap sabitan dan hukumannya.

Permohonan penangguhan hukumannya didengar Ketua Hakim Sundaresh Menon; Hakim Andrew Phang Boon Leong; dan Hakim Tay Yong Kwang melalui platform Zoom.

Walaupun perbicaraan dijalankan secara maya, Too yang mewakili Kalwant berkata mahkamah penuh sesak dan ahli keluarga Kalwant turut hadir.

Sebelum ini, pada 27 April lalu, seorang lagi warga Malaysia Nagaenthran K Dharmalingam turut menjalani hukuman mati kerana mengedar heroin. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

2

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

3

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

4

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

5

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

6

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

‘Bising’ MUDA Guna Gambar Syed Saddiq Untuk Kempen, PH & BN Takut Bayang-Bayang Sendiri?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Pelajar Ditikam Di sekolah Cedera Paru-Paru, 16 Kesan Tikaman

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

Pilihan Raya Bukan Saluran Bebaskan Mana-Mana Individu - Azalina

oleh Sophia Ahmad