web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cuba Elak Pemeriksaan Di Tuas, 3 Orang Ditahan

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2022 8:59AM

Dua lelaki dan seorang wanita ditahan kerana gagal berhenti di balai pelepasan Imigresen di Pusat Pemeriksaan Tuas, semalam. - Gambar dari ICA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura menahan dua lelaki dan seorang wanita kerana gagal berhenti di balai pelepasan imigresen di Pusat Pemeriksaan Tuas dan kesalahan lain.

Kira-kira 2.14 pagi Jumaat, sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran Malaysia dipandu seorang lelaki warga Singapura, berjaya mengelak pemeriksaan di balai pelepasan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) Malaysia lalu memecut ke arah Singapura dan dikejar Polis Trafik Malaysia, menurut ICA.

“Kenderaan itu dikesan di pintu masuk Pusat Pemeriksaan Tuas menghala ke Malaysia.

“Penggera diaktifkan dan pusat pemeriksaan ditutup serta merta,” menurut ICA menerusi laman sesawangnya. 

Pemandu itu cuba meloloskan diri melalui lorong pelepasan motosikal automatik, tetapi gagal setelah kenderaannya merempuh kaunter.

Pegawai ICA mengalami cedera ringan dan pemandu itu berjaya ditahan penguatkuasa.

Kedua-dua penumpang dalam kenderaan terbabit; seorang lelaki warga China dan seorang wanita warga Vietnam (berdasarkan pengisytiharan), cuba melarikan diri dari lokasi kejadian tetapi berjaya ditahan.

“Wanita warga Vietnam mengalami kecederaan ketika cuba melarikan diri. Kedua-dua mereka didapati tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah,” menurut ICA.

Siasatan awal mendapati pemandu itu dikehendaki Polis dan Biro Narkotik Pusat (CNB), dan didakwa memiliki dokumen palsu Singapura.

Ujian awal air kencing mendapati pemandu berkenaan positif dadah, kesemuanya kini ditahan pihak polis dan siasatan masih diteruskan. - Bernama

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad