web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mahkamah Singapura Tangguh Keputusan Rayuan Nagaentran

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2022 5:06PM

Nagaentran K. Dharmalingam - Gambar dari smh.com.au

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Mahkamah Rayuan Singapura pada Selasa menangguhkan keputusannya terhadap rayuan warga Malaysia, Nagaentran K. Dharmalingam terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Pada November 2021, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Nagaentran untuk kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan mahkamah atas kesalahan pengedaran dadah.

Perbicaraan hari ini didengar di hadapan panel lima anggota terdiri daripada Ketua Hakim Sundaresh Menon dan Hakim Andrew Phang, Judith Prakash, Belinda Ang dan Chao Hick Tin.

"Kami akan menangguhkan penghakiman dan akan maklumkan anda tidak lama lagi," kata Menon dalam bilik mahkamah yang penuh sesak.

Selain rayuannya, Nagaentran yang diwakili oleh peguam Violet Netto juga memohon mahkamah menggunakan kuasa untuk memintanya dinilai oleh pakar psikiatri.

“Beliau (Menon) berkata akan memberikan keputusan tidak lama lagi tetapi tidak menyatakan tarikh. Saya tidak fikir hari ini,” kata Pendakwa Raya Wong Woon Kwong ketika ditanya tarikh jangkaan penghakiman itu dikeluarkan.

Memakai pakaian seragam penjara berwarna ungu, Nagaentran dilihat tenang dan melambai ke arah seorang yang dipercayai ahli keluarganya di tempat duduk awam sebelum perbicaraan bermula.

Berasal dari Perak, dia dijatuhi hukuman mati pada 2010 kerana mengedar 42.72g heroin ke Singapura pada 2009.

Rayuannya terhadap sabitan dan hukumannya ditolak pada 2011.

Pada 2015 Nagaentran membuat permohonan untuk dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup selepas undang-undang diubah bagi membenarkan hukuman alternatif.

Mahkamah Tinggi bagaimanapun pada 2017 mengekalkan hukuman matinya selepas mempertimbangkan keterangan pakar daripada empat pakar psikiatri dan psikologi.

Proses rayuan telah melepasi peringkat akhir, dan permohonannya untuk pengampunan presiden ditolak pada 1 Jun 2020.

Kes Nagaenthran menarik perhatian antarabangsa dan pada 7 November, dilaporkan bahawa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menulis surat kepada rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong memohon kelonggaran dalam kes ini.

Pada 3 Disember, Presiden Singapura, Halimah Yacob berkata Nagaentran telah diberikan proses yang wajar dan sepenuhnya di bawah undang-undang.

Peguam Nagaentran mendakwa bahawa dia kurang upaya daripada segi intelek. Nagaentran dijadual dihukum gantung pada 10 Nov 2021, bagaimanapun, mendapat penangguhan sementara pada 9 Nov selepas mahkamah diberitahu tertuduh positif COVID-19 apabila dia hadir untuk percubaan rayuan terakhir terhadap hukumannya.

Sementara itu, peguam Nagaentran, Netto berkata apa yang tinggal untuk anak guamnya kini adalah "belas kasihan kehakiman". - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad