web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Singapura Nasihat Rakyatnya Tinggalkan Ukraine Secepat Mungkin

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2022 12:35PM

Pengembara beratur di kaunter daftar masuk bagi menunggu pesawat mereka di Lapangan Terbang Boryspil, Kyiv, Ukraine. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Singapura menasihatkan rakyatnya meninggalkan Ukraine secepat mungkin berikutan ketegangan di negara itu dan wilayah sekitarnya semakin memuncak.

“Berdasarkan situasi terkini, rakyat Singapura di Ukraine dinasihatkan meninggalkan negara itu secepat mungkin melalui pengangkutan komersial sementara masih boleh berbuat demikian,” menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri (MFA) republik itu pada Ahad. 

“Tiada jaminan bahawa MFA dalam kedudukan dapat membantu warga Singapura meninggalkan negara itu jika konflik tercetus. Singapura tidak mempunyai perwakilan diplomatik di Ukraine,” menurut kenyataan itu.

Warga Singapura yang masih berada di Ukraine perlu segera mendaftar dengan MFA menerusi https://eregister.mfa.gov.sg jika belum berbuat demikian.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi pejabat MFA 24 jam di: Tel: +65 6379 8800/6379 8855 atau Faks: +65 6476 7302.

Dilaporkan bahawa Israel, Albania dan Maghribi turut menggesa rakyat masing-masing meninggalkan Ukraine.

Sementara itu, Amerika Syarikat dilaporkan memindahkan beberapa kakitangan diplomatiknya dari ibu negara Ukraine ke bandar Lviv sebagai langkah keselamatan.

Kanada dan Australia turut menggantung operasi kedutaan di Kyiv dan membuka pejabat sementara di Lviv, menurut satu laporan. - Bernama

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 16 jam yang lalu

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

oleh Sophia Ahmad