web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Malaysia Dipenjara, Gelapkan Wang Pesakit

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2022 3:58PM

Charlene Ashby Clay - Gambar dari The Straits Times/ Kelvin Chng

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Sepanjang tempoh selama lebih dua tahun, seorang penolong doktor gigi warga Malaysia telah menggelapkan hampir S$158,400 daripada pesakit dan menggunakan sebahagian daripadanya untuk membeli hartanah di Malaysia. 

Setelah ditangkap, Charlene Ashby Clay merayu kepada doktor gigi tersebut supaya memberikannya peluang kedua dan berjanji akan membayar balik wang yang sudah dilesapkan.

Sebaliknya, dia memperdayakan pesakit dengan cara lain bagi memperolehi jumlah wang yang lebih besar. 

Charlene  yang berusia 24 tahun dijatuhi hukuman penjara selama 16 bulan dan dua minggu, semalam.

Dia mengaku bersalah atas dua tuduhan pecah amanah sebagai seorang penolong dan satu lagi tuduhan memindahkan faedah daripada perbuatan jenayah. 

Empat lagi tuduhan turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Mahkamah dimaklumkan bahawa Charlene bekerja sebagai seorang penolong doktor gigi di Klinik Dr Smile di Blok 443, Clementi Avenue 3. 

Dia mula menggelapkan wang daripada klinik tersebut sejak Oktober 2018 dengan mengambil wang tunai daripada pesakit dan kemudiannya memasukkan data ke dalam sistem urus niaga klinik untuk menjadikannya seolah-olah pesakit membuat bayaran melalui kaedah yang tidak dapat disahkan dengan segera, seperti melalui NETS ataupun kad kredit. 

Antara Oktober 2018 hingga Mac 2019, dia menggelapkan S$44,861 melalui kaedah tersebut dan memindahkannya ke dalam akaun banknya sendiri. 

Pada penghujung Mac 2019, akauntan klinik berkenaan memberitahu doktor gigi tersebut bahawa terdapat percanggahan antara jumlah wang yang diterima oleh pihak klinik dengan data sistem urus niaga klinik.

Charlene mengaku bersalah atas kesalahannya dan merayu kepada doktor gigi tersebut supaya jangan membatalkan permit kerjanya. Dia meminta satu lagi peluang untuk terus bekerja di sana sambil berkata dia sanggup membayar balik doktor gigi itu.

Doktor gigi berkenaan memutuskan untuk memberikannya satu lagi peluang untuk menebus kesalahannya. 

Mereka bersetuju supaya S$650 hingga S$1,050 akan dipotong daripada gajinya setiap bulan untuk melunaskan S$44,861 kepada klinik tersebut. 

Namun, Charlene masih menggelapkan wang daripada para pesakit. Antara Mac 2019 hingga Mac 2020, dia membuat perjanjian peribadi dengan pesakit untuk membuat bayaran tunai kepadanya berjumlah S$113,520. 

Dia menggunakan kaedah baru untuk menggelapkan wang daripada klinik tersebut selain mengubah data, dengan meyakinkan pesakit supaya memindahkan bayaran penuh untuk pakej perubatan gigi akaun bank miliknya melalui khidmat pindahan dana PayNow.

Charlene juga akan menawarkan potongan harga yang tidak diluluskan oleh klinik kepada para pesakit jika mereka terus menyalurkan bayaran ke dalam akaun banknya. 

Apabila para pesakit datang ke klinik untuk menggunakan pakej mereka, Clay akan memindahkan sejumlah kecil wang kembali kepada akaun bank klinik tersebut sebagai bayaran dan bagi mengelakkan syak wasangka.

Tipu muslihatnya terbongkar pada 30 Mac 2020 apabila doktor gigi tersebut memberitahu seorang pesakit supaya membayar S$200 di kaunter klinik berkenaan selepas selesai menjalankan prosedur penyenggaraan pada pendakap giginya. 

Pesakit tersebut bagaimanapun memberitahu doktor bahawa beliau sudahpun membuat bayaran penuh sebanyak S$3,700 kepada Clay bagi rawatan pendakap giginya sebelum itu. 

Clay sudah membayar balik S$12,348 sebagai sebahagian daripada perjanjian pembayaran balik yang dipersetujuinya dengan doktor gigi semasa diberikan satu lagi peluang untuk menebus kesalahannya. - Berita Mediacorp

Sorotan

1

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

2

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

3

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

4

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

5

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

6

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Manifesto PH Sudah Dimuktamad, Kebajikan Belia Antara Fokus Utama - Fuziah 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

oleh Sophia Ahmad