web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


$100,000 Dikumpul Untuk Mangsa Banjir, Dalam Masa Kurang Sehari

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2021 12:08PM

Sumbangan yang diterima daripada penduduk Singapura oleh Aspire Institute, untuk diberikan kepada mangsa banjir di Malaysia. - Gambar Berita Mediacorp

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Banjir luar jangka yang melanda negara turut mendapat simpati daripada negara jiran. Di Singapura, satu usaha mengumpul dana bagi mangsa banjir di Malaysia telah berjaya memperolehi hampir S$100,000.

Usaha berkenaan diterajui oleh Sharifah Haslinda dari Aspire Institute. Sejak berita mengenainya diuar-uarkan pada Rabu lalu, beratus-ratus kotak baju dan barang keperluan telah didermakan orang awam.

Namun disebabkan keterbatasan ruang dan logistik, pihaknya tidak dapat lagi menerima sumbangan orang ramai sejak Khamis. 

Sebaliknya, mereka kini amat mengalu-alukan sukarelawan untuk tampil membantu bagi membungkus barang-barang yang didermakan agar dapat menghantarnya ke Malaysia menjelang esok, lapor Berita Mediacorp.

''Bila mereka menyerahkan sedekah ada di antara mereka yang menitikkan air mata dan menelefon saya untuk mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada mereka untuk membantu.

Inisiatif awal hanya mensasarkan untuk mengutip S$10,000, namun sambutan yang diterima sangat memberangsangkan dan berjaya mengumpul hampir S$100,000. Malah sehingga semalam, masih ramai yang datang untuk menghantar barang-barang yang ingin didermakan kepada para mangsa banjir di Malaysia.

Dalam pada itu, Yazid Muhammad Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengasas Aspire Institut berkongsi dengan Berita Mediacorp bahawa beliau amat terharu dengan sokongan yang diberikan.

"Pada mulanya kita tidak menjangkakan respons lebih daripada jangkaan ini. Pada mulanya kita ingat ia hanya skala kecil, kita cuma nak bantu dalam kemampuan kita tapi semalam sebelum kita buka pusat pun barang-barang dah sampai untuk membantu mangsa banjir di Malaysia. Pada pukul 2.00 petang tak berhenti-berhenti barang ni sampai," katanya.

Idea itu tersebut tercetus apabila Sharifah menulis catatan Facebook untuk bertanya jika ada di antara kenalannya yang tahu cara untuk menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Malaysia.

Beliau juga berbesar hati apabila mendapat sokongan majikannya untuk mengizinkannya menggunakan ruang dan pekarangan pusat pengajian itu di Tampines sebagai tempat mengumpul dan membungkus barang sumbangan.

Telekung, antara sumbangan daripada penduduk Singapura untuk mangsa banjir di Malaysia. - Gambar dari Berita Mediacorp
Telekung, antara sumbangan daripada penduduk Singapura untuk mangsa banjir di Malaysia. - Gambar dari Berita Mediacorp

Meskipun baru sehari kutipan bantuan tersebut dijalankan, 80 peratus daripada ruang di sini sudah penuh sesak dengan sumbangan daripada para penderma, malah kesemua bilik-bilik juga dipenuhi dengan telekung, pakaian, makanan ringan dan juga selimut bagi para mangsa di Malaysia.

''Bila mereka menyerahkan sedekah ada di antara mereka yang menitikkan air mata dan menelefon saya untuk mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada mereka untuk membantu. Jadi saya berasa amat berat hati untuk menolak,'' kata Sharifah.

Meskipun sudah menyenaraikan 13 barang keperluan asas untuk didermakan, pihaknya masih menerima barang-barang lain seperti langsir, beras dan pinggan mangkuk.

Itulah antara cabaran yang kini dihadapi Sharifah.

"Ada yang tidak mengikut senarai yang diberikan. Kenapa kami menetapkan senarai itu adalah kerana barang-barang ini harus melalui kastam dan kastam memerlukan pengisytiharaan apa barang-barang yang akan dibawa keluar. Kita perlukan ramai relawan untuk datang membantu kami buat pengisihan, pembungkusan," menurut Sharifah. - Berita Mediacorp

 

Sorotan

1

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

2

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

3

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

4

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

5

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

6

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar