web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


VTL Beri Peluang Ribuan Rakyat Singapura Pulang Ke Rumah Di Johor

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2021 2:47PM

Lori-lori dalam perjalanan pulang ke Johor selepas membuat penghantaran di Singapura. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Pembukaan semula laluan darat Singapura-Johor dijangka memberi peluang kepada ribuan rakyat Singapura kembali ke rumah mereka di Johor dengan lebih mudah.

Ini setelah hampir dua tahun mereka tidak dapat menjenguk rumah di sana.

Selain harta benda, mereka yang ditemui juga tidak sabar untuk mengeratkan semula jalinan keluarga yang sudah lama terpisah menyusuli penutupan sempadan antara Singapura dengan Malaysia sebelum ini.

Maimunah Masod - Gambar Berita Mediacorp
Maimunah Masod - Gambar Berita Mediacorp

Semalam, genap 20 bulan dimana rakyat Singapura berusia 56 tahun, Maimunah Masod terpaksa bergegas pulang ke tanah air dari rumahnya di Johor Bahru selepas Malaysia mengumumkan penutupan sempadan secara mendadak bagi PKP 1.0.

Sejak tahun 2014, Maimunah dan suami berulang-alik setiap hari dari Singapura ke rumah mereka di Setia Eco Cascadia.

Disebabkan pandemik, bukan sahaja rumah mereka terpaksa ditinggalkan, mereka juga perlu berpisah dengan empat ekor kucing peliharaan mereka.

Mujur ada saudaranya yang menawarkan untuk memelihara kucing-kucing itu buat sementara waktu.

Maka itu, Maimunah amat teruja apabila diumumkan bahawa laluan darat Singapura-Johor dijangka dibuka dalam masa "beberapa minggu" lagi.

"Kita gembira kita boleh balik. Sebenarnya yang VTL pergi KL kita dah buat aturan, kita kata tak apa, kita beli tiket ke KL, sanggup sebab dah lama sangat tinggalkan. Lagi-lagi dengan laluan darat Koswe dah nak buka, lagi gembira.

''Kalau ia boleh buka sepenuhnya, seperti sebelum COVID mungkin kita akan ulang-alik setiap hari, tapi kalau keadaan macam begini kan, tak mungkinlah kita akan setiap hari kena ambil ujian PCR, jadi kita rancang mungkin pada hujung minggu atau mungkin dua minggu sekali," kongsi Maimunah.

Dia bagaimanapun tetap akan meneruskan rancangan untuk ke Johor Bahru (JB) melalui skim VTL dan menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Changi ke KLIA dan seterusnya ke JB pada 9 Disember.

Maimunah dan suami merupakan antara 5,000 keluarga dari Singapura yang mempunyai rumah dan menetap di seberang tambak, menurut anggaran Persatuan Prihatin Masyarakat Johor - Singapura pada 2014.

Sebelum pandemik, pusat-pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas menyaksikan lebih 400,000 orang merentas sempadan setiap hari.

Keluarga Intan dan Hasnah. - Gambar Berita Mediacorp
Keluarga Intan dan Hasnah. - Gambar Berita Mediacorp

Antara mereka yang turut sering berulang-alik ke "rumah nostalgia" mereka sejak lebih 20 tahun lalu di Pekan Nenas di Pontian, Johor ialah adik-beradik Noor Hasnah Adam, 47 tahun, dan Intan Adam, 48 tahun.

Meskipun Hasnah kini sedang menjalani rawatan bagi tumor otak sejak bulan Mei tahun ini, beliau tetap menyimpan hasrat mendalam untuk berjumpa ibunya, Kasilah Kasim, 72 tahun, dan neneknya, Marsitah Rejo, 96 tahun, di sana kerana bimbang tentang kebajikan mereka.

"Itu rumah yang dibina oleh arwah bapa saya untuk kemudahan kita sekeluarga.

"Saya bimbang sesuatu berlaku kepada ibu atau nenek saya sebab mereka berusia dan mereka juga berpenyakit. Masa berlalu kita tak dapat tengok mereka, takut sesuatu berlaku dan tak jumpa langsung."

"Dekat sana bukan cuma rumah tapi pasal ayah kita baru meninggal pada tahun 2019.

"Jadi kita juga nak menziarahi kubur Abah, rindu sangat-sangat, entah susah nak cakap macam mana rasa sedih, sebak."Kita mesti ada kepentingan untuk ke kedua-dua tempat, jangan pula kita ke sana untuk pergi beli-belah sebab orang yang lebih memerlukan patut ke sana dan didahulukan," kata Intan.

Selain mahu pulang ke rumah penuh kenangan ini, Noor dan Intan juga ingin membaiki keadaan rumah serta bantu melunaskan bil-bil dan cukai-cukai yang tertunggak.

Malah dengan laluan darat Singapura-Johor dua hala itu dijangka dibuka semula tidak lama lagi, Intan mempunyai 'Pelan B' sekiranya keadaan Noor yang lemah tidak mengizinkannya untuk merentas sempadan.

"Kalau (Noor) masih tak boleh melawat mak, kita akan bawa mak ke Singapura. Kalau boleh, satu hari pun jadilah. Cuma kita berharap tak sesak dengan kenderaan," kata Intan. - Berita Mediacorp 

Sorotan

1

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

2

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

3

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

4

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

5

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

6

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran