Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Uji Ketahanan Pedas Anda Di D’Penyetz, Singapura

Jika menggemari makanan pedas, uji tahap ketahanan rasa pedas anda di restoran ayam penyet D’Penyetz, Singapura.

Singapura Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2021 3:24PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Orang Singapura dan masyarakat Melayu biasanya suka makanan pedas. Antara sajian pedas yang menjadi pilihan ramai adalah ayam penyet. Ini diakui oleh pemilik utama restoran ayam penyet popular di Singapura, D’Penyetz iaitu Edy Ongkowijaya.

Edy berasal dari Medan dan mempunyai enam cawangan D’Penyetz di Singapura. Beliau merupakan orang pertama memperkenalkan konsep ayam penyet asli di Singapura pada 2005 dengan penjenamaan yang berbeza sebelum ini.

D’Penyetz turut mempunyai beberapa restoran di seluruh Indonesia dan Melbourne.

Ketika ditemui di restorannya di cawangan SingPost, pemilik yang mudah mesra itu menerangkan yang membezakan D’Penyetz dengan jenama lain adalah enam tahap kepedasan sambal. 

“Ramai tanya mana satu yang pedas? Sambal mana yang pedas ‘giler’? Mana yang tak pedas? 

“Daripada saya bermasalah untuk menjelaskan, muncul idea untuk membuat tahap sambal berbeza,” katanya. 

Edy Ongkowijaya dan enam tahap kepedasan sambal di D’Penyetz
Edy Ongkowijaya dan enam tahap kepedasan sambal di D’Penyetz

Menurut Edy, pelanggan bebas memilih tahap kepedasan sambal dari tahap 1 sehingga 6. Cili yang digunakan untuk kesemua sambal diimport dari Indonesia.

“Tahap 1 adalah sambal terasi (belacan) yang tidak pedas, tahap 2 sambal hijau Minang, tahap 4 sambal mercon iaitu sambal bawang, tahap 5 sambal judes iaitu sambal terasi (belacan) yang hanya gunakan cili padi saja. 

“Manakala tahap 6 pula gunakan cili padi dari Papua, Indonesia. November ini kita bawakan tahap 7 dipanggil sambal geledek, macam petir pedasnya. Kita gunakan cili dari Papua dan Aceh,” jelas Edy. 

Penulis yang sukakan makanan pedas sempat merasa semua tahap sambal semasa pertemuan tersebut. 

Memang benar, sambal tahap 5 dan 6 pedasnya menyengat. Bayangkan, setelah beberapa minit dimakan dengan nasi putih dan ayam penyet serta bebek (itik) penyet Bali, pedasnya masih berbekas di bibir. 

Sambal-sambal di D’Penyetz
Sambal-sambal di D’Penyetz

Bagi menghilangkan rasa pedas itu penulis minum air bandung manis. Memang pedas!

Saat ditanya, apakah rakyat Singapura memang tahan pedas, Edy menjawab sambil tersenyum. 

“Saya sangat hairan dan terkejut. Ternyata ramai orang Singapura termasuk masyarakat Cina yang dahulunya tidak tahan pedas kini kuat makan pedas.

“Sudah ada perubahan pada lidah orang Singapura. Malah, masih ramai kata tahap 5 dan 6 tidak pedas sekali gus buat saya bingung. Jadi, kalau saya perkenalkan tahap 7 nanti dan masih juga kata tidak pedas, saya akan perkenalkan tahap 8,” katanya seraya ketawa. 

Istimewanya ayam penyet dari restoran ini adalah ia hanya menggunakan ayam kampung dari Malaysia, atas keprihatinan Edy melihat semakin ramai pelanggan pentingkan kesihatan. 

Ayam Penyet
Ayam Penyet

Cuma, saiz ayam kampung kecil sedikit berbanding ayam biasa.

“Kita hanya guna minyak tiada kolesterol. Ayam kampung bebas antibiotik dan ada lebih kolagen yang berguna untuk sistem ketahanan badan. Ayam lain disuntik supaya cepat besar, tetapi daging ayam kampung kami gunakan ini seperti orang ke gim, badannya pejal,” kongsinya.

Selain ayam penyet yang isinya lembut, iga bakar iaitu rusuk daging juga menjadi pilihan pelanggan termasuk warga Indonesia yang berkunjung ke restorannya.

Iga bakar menggunakan bumbu kicap dan dimasak hampir dua jam menggunakan periuk tekanan tinggi. 

Iga Bakar
Iga Bakar

Sebelum mengakhiri temubual, Edy berkongsi kedainya ada menyediakan menu baharu iaitu ayam taliwang. 

“Ada banyak kedai di sini menjual ayam taliwang tetapi rasanya tidak sama seperti di Lombok, Indonesia. 

“Jadi, saya mahu perkenalkan ayam taliwang yang rasanya sama seperti di Mataram. Ia sangat sesuai buat mereka yang suka makan pedas. Kita sapu bumbunya di atas ayam,” katanya. 

Ayam Taliwang
Ayam Taliwang

Anda berani sahut cabaran kepedasan sambal dari D’Penyetz? Ikuti perkembangan mereka di Instagram D’Penyetz.Sg

Bagi mereka yang rindukan ayam penyet di Indonesia tetapi masih belum dapat bercuti ke sana, bolehlah datang ke  D’Penyetz, 10, Eunos Road 8, #02-142, SingPost Centre, Singapura 408600 untuk menikmatinya. - Getaran, 31 Oktober 2021

Semua gambar: D'Penyetz Singapore

Isu Pada

Fenomena Doktor Malar

30 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Selera 1 bulan yang lalu

Tangkak Beef Noodle House Kini Sah Halal, Buka Cawangan Kedua Di Berjaya Times Square

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerjasama Malaysia-Indonesia Mudahkan Produk Sijil Halal Tembus Pasaran Kedua Negara

3

TARA 11 bulan yang lalu

Nikmati Rasa Masakan Cina Halal Szechuan Di Restoran Hua Yi Yuan

4

TARA 11 bulan yang lalu

KyoChon 1991 Malaysia Kini Disahkan Halal, Jangan Terus Ragu-ragu

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

Pendidikan 13 jam yang lalu

KPT Salur Bantuan Pendidikan, Pengecualian Yuran IPT Anak Mangsa Nahas Helikopter

Semasa 13 jam yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

Semasa 1 hari yang lalu

PAS Puji Tindakan Pantas Menteri Pertahanan Kendalikan Tragedi Helikopter TLDM