web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KyoChon 1991 Malaysia Kini Disahkan Halal, Jangan Terus Ragu-ragu

Rangkaian Ayam Goreng Korea KyoChon akhirnya diiktiraf halal oleh JAKIM, tetapi ini bukanlah bermakna sebelum ini ia menghidangkan makanan tidak halal.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2023 4:17PM

Lembaga Pengarah KyoChon, Joyce Chin & Aaron Chin bersama Terry Goh dan Mohd Fakarudin bin Mas’od - Gambar ihsan KyoChon 1991 Malaysia

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Adakah sebelum ini anda ragu-ragu untuk menikmati beberapa menu sedap yang dihidangkan di Restoran KyoChon 1991 Malaysia? 

Keraguan anda mungkin berakhir apabila KyoChon 1991 telah disahkan sebagai  rangkaian ayam goreng Korea antarabangsa pertama yang mendapat pengiktirafan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Dalam sidang media yang diadakan di cawangan The Gardens Mall pada Khamis, KyoChon 1991 Malaysia telah mengumumkan bahawa kesemua 15 cawangan mereka kini disahkan halal oleh JAKIM. 

Ini termasuk 10 cawangan di Selangor, masing-masing dua cawangan  di Johor dan Pulau Pinang serta satu cawangan di Negeri Sembilan. 

Sejak memulakan operasi, KyoChon 1991 tidak menghidangkan daging khinzir dan hanya menggunakan bahan-bahan halal import Korea yang terbaik
Sejak memulakan operasi, KyoChon 1991 tidak menghidangkan daging khinzir dan hanya menggunakan bahan-bahan halal import Korea yang terbaik

Meskipun sejak memulakan operasi, KyoChon 1991 tidak menghidangkan daging khinzir dan hanya menggunakan bahan-bahan halal import Korea yang terbaik, namun pensijilan rasmi daripada JAKIM ini sangat diperlukan agar pelanggan yakin bahawa piawaian halal sentiasa menjadi keutamaan dan dipraktikkan dalam penyediaan sajian mereka. 

“Pensijilan halal JAKIM merupakan matlamat penting untuk KyoChon 1991 sejak jenama ini dilancarkan di Malaysia pada Disember 2013. Kami amat bertuah kerana pemberi francais memberi sokongan penuh dan melabur untuk kilang automatik bernilai jutaan dolar bagi penghasilan sos dan perapan KyoChon 1991.”

“Ini bermakna pelanggan KyoChon 1991 di Malaysia boleh menikmati rasa dan kualiti bahan yang sama seperti apabila menjamu selera di KyoChon 1991 di Korea kerana semua sos dan perapan berasal dari kilang halal yang sama,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif KyoChon 1991 Malaysia, Terry Goh.

Pada  masa yang sama, Terry juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang memberi sokongan selama ini sehingga KyoChon 1991 berjaya membuka 35 buah cawangan di seluruh negara.

“Sebagai perintis rangkaian ayam goreng Korea di Malaysia, kami bersyukur kerana rakyat Malaysia telah menjadikan kami sebagai pengendali KyoChon 1991 yang paling berjaya di luar Korea dan ingin memberi jaminan kepada semua pelanggan bahawa kami sentiasa mematuhi piawaian makanan dan keselamatan yang tertinggi.” 

Seleksi ayam goreng di KyoChon 1991 Malaysia
Seleksi ayam goreng di KyoChon 1991 Malaysia

Pengiktirafan JAKIM ini sudah pasti menggembirakan, dan bagi meraikan kejayaan ini, kami berbesar hati menawarkan diskaun 15 peratus kepada pelanggan kami apabila menjamu selera dengan KyoChon 1991,” tambah beliau teruja.

Pensijilan halal telah menjadi perjuangan berterusan bagi kebanyakan rangkaian dalam industri makanan dan minuman di Malaysia. Walaupun perlu melalui proses yang amat rumit, KyoChon 1991 Malaysia berdedikasi untuk menjadi jenama yang boleh dipercayai  pelanggan di Malaysia. 

Kini, kesemua cawangan telah menjalani proses pengauditan oleh JAKIM. Dari masa ke semasa, KyoChon 1991 Malaysia bakal mengumumkan lebih banyak cawangan yang disahkan halal kepada rakyat Malaysia.

Selain Terry, mereka yang turut hadir pada sidang media KyoChon 1991 Malaysia untuk pemerolehan pensijilan halal ialah Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Fakarudin bin Mas’od.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran terkini KyoChon 1991 Malaysia serta pensijilan halal layari laman web mereka di: https://www.kyochon.com.my/. - Getaran, 13 Mei 2023

Isu Pada

Aishwarya Rai - Aura Nandini dan ‘Women Empowerment’

13 May 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

2

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

3

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

5

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

6

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi