web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dr. Zarina Gurrahman Berbakti Melalui #WeAreOne

Projek #WeAreOne bukti keprihatinan warga Singapura terhadap insan yang memerlukan di Malaysia.

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2021 12:31PM

Dr. Zarina, pengasas #WeAreOne di Malaysia. Gambar: Dr. Zarina Gurahhman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sikap dermawan rakyat Singapura menyumbang SG$50,000 (RM154,186) dalam tempoh empat hari untuk projek #WeAreOne yang diketuai Dr. Zarina Gurrahman wajar dipuji. 

#WeAreOne adalah misi membantu gelandangan dan mereka yang memerlukan di Malaysia sejak COVID-19 melanda. 

Pemegang amanah misi ini, Dr. Zarina adalah warga Singapura yang berhijrah ke Kuala Lumpur sejak tujuh tahun lalu bagi membantu suaminya mengusahakan kilang farma farmaseutikal.

Pada mulanya, beliau menggunakan wang sendiri untuk menyediakan makanan kepada gelandangan di sekitar ibu kota. Semuanya gara-gara hatinya tersentuh melihat seorang anak kecil menangis kelaparan meminta makanan pada ibunya. 

Kejadian yang berlaku dua tahun lalu itu menjadi permulaan misi bantuan ini. 

“Saya tak sampai hati melihat situasi itu lalu bertanya kepada si ibu kenapa anaknya menangis.  Saya diberitahu sudah tiga hari mereka tak makan. 

“Macam mana saya nak tidur lena kalau asyik terfikirkan mereka? Jadi, saya beri sebungkus nasi dan wajah mereka bertukar ceria,” kata Dr. Zarina.

Rentetan kejadian itu, beliau memperuntukkan sebanyak RM 10,000 hingga RM 12,000 setiap bulan bagi menyediakan makanan buat gelandangan sebelum #WeAreOne menjadi realiti.

Menurut Dr. Zarina, bersama empat rakan #WeAreOne ditubuhkan baru-baru ini. 

“Kawan saya minta jasa baik kumpulan kami untuk sumbangkan makanan kepada gelandangan. Difahamkan ramai minta makanan tetapi NGO belum bersedia, jadi saya tawarkan diri untuk masak makanan setiap pagi selama sebulan,” katanya. 

Ditanya bagaimana #WeAreOne mengumpul dana untuk membantu mereka yang memerlukan, Dr. Zarina berkata pihaknya berbesar hati ramai rakyat Singapura prihatin untuk turut serta menjayakan misi murni ini.

“Kami bukanlah badan NGO tetapi bergerak atas tiket orang perseorangan. Pelakon dan pengacara televisyen Singapura, Nurul Aini menghubungi saya untuk sama-sama menyumbang. 

“Dia berkongsi mengenai perkara ini di Instagram miliknya. Daripada situ ramai warga Singapura turut serta dalam misi ini dan kami berjaya kumpul 50,000 dolar Singapura dalam tempoh empat hari bermula 17 Ogos lalu. 

“Sampai sekarang masih ada yang menghulurkan derma tetapi tidaklah banyak,” katanya. 

Sambung Dr Zarina, dia bangga melihat keprihatinan dan kasih sayang yang ditunjukkan warga Singapura.

“Sebagai rakyat Singapura saya bangga melihat kasih sayang yang ditunjukkan rakan-rakan senegara. Bayangkan 50,000 dolar Singapura dalam masa empat hari. Banyak tu! 

When you have so much love, you are willing to give your love. #WeAreOne wujud disebabkan kasih sayang yang saya terima daripada mereka tanpa mengira bangsa, agama dan bahasa,” katanya. 

Berkongsi lebih lanjut mengenai misi bantuan ini, Dr. Zarina dan rakan-rakan turut ke kawasan rumah kos rendah untuk mengagihkan pek nasi yang dimasak olehnya. 

“Ada seorang warga Singapura menghubungi saya untuk memaklumkan dia dan anak-anak sudah putus bekalan makanan. Saya beli barang-barang yang diperlukan dan hantar ke rumahnya bersama rakan-rakan lain. 

“Saya dan suami juga akan menyiasat sendiri jika ada individu menghubungi kami di Instagram untuk minta bantuan,” katanya. 

#WeAreOne bertekad membantu sesiapa sahaja yang dalam kelaparan selain golongan gelandangan.  

Bahkan, mereka juga menghulurkan bantuan kepada artis otai seperti Jatt Ali dan Fredo (Flybaits).

“Kami tidak ketinggalan menziarah abang Ali XPDC dan Bard Indigo. Kami telah menghulurkan sedikit sumbangan dan barang dapur memandangkan keadaan mereka kurang baik,” kongsi Dr. Zarina.

Bercerita mengenai kepuasan yang diraihnya apabila mengusahakan misi #WeAreOne, Dr. Zarina berkata, hilang segala penat lelah selepas melihat riak wajah gembira insan yang dibantu pihaknya. 

“Subhanallah... macam saya kongsi tadi, awalnya saya gunakan duit sendiri untuk sediakan makanan. Saya masak sendiri, bungkus makanan dengan bantuan pembantu saya dan suami pula ke pasar untuk beli bahan mentah. 

“Cuba anda bayangkan, membungkus 200 pek makanan sehari bukan tugas mudah. Selepas itu kami bergegas ke Chow Kit dan Jalan Tun Perak untuk agihkan makanan. 

“Jam 6.30 petang barulah kami pulang tetapi tak terasa penatnya. Tak dapat dijelaskan dengan kata-kata. Bukan sedikit masaknya tetapi macam kenduri.  Kepuasan yang saya rasa itu melebihi penat. Bagi saya ia satu keajaiban,” katanya. 

Syabas kepada Dr Zarina serta pasukan #WeAreOne atas usaha membantu mereka yang memerlukan di Malaysia pada masa sukar ini. Semoga segala pengorbanan mereka diberkati dan mendapat sokongan berterusan rakyat Singapura. - Getaran, 16 Oktober 2021

Semua gambar: Dr Zarina Gurahhman

Isu Pada

Dynas Tiada Gentar

16 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar