web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Produk 'Memudaratkan' Dikesan Pada Ubat Perangsang, Minuman Pelangsing

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2021 4:18PM

Gambar dari HSA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - 'Bahan-bahan perubatan manjur' yang boleh menimbulkan kesan sampingan yang serius terhadap pengguna dikesan pada tiga produk, menurut Penguasa Sains Kesihatan (HSA), hari ini.

Produk berkenaan, iaitu Miracle Gold Candy, C4 Candy dan Coco Hotz Cocoa Drink itu dikesan dijual menerusi platform e-dagang tempatan seperti Carousell, Lazada, Shopee dan Qoo10 serta media sosial Facebook dan Instagram.

Susulan itu, HSA telah bekerjasama dengan pentadbir platform untuk menurunkan semua penyenaraian yang terjejas dan turut mengeluarkan amaran kepada penjual, lapor Berita Mediacorp

"Berhati-hati dengan produk-produk yang menggembar-gemburkan tuntutan yang keterlaluan atau menjanjikan kesan pantas yang tidak dijangkakan. Ia mungkin mengandungi bahan-bahan berbahaya yang boleh memudaratkan kesihatan anda," menurut HSA.

"Berwaspadalah ketika membeli produk sedemikian online atau dari teman-teman sekalipun mereka berniat baik. Anda tidak boleh pastikan dari mana dan bagaimana produk itu dihasilkan."

Menurut laporan berkenaan, Miracle Gold Candy serta C4 Candy dibungkus seperti gula-gula dan dipasarkan sebagai produk yang dapat merangsang syahwat kaum lelaki.

Produk-produk itu dilabel dengan "tuntutan keterlaluan" yang tidak dijangkakan pada produk gula-gula, menurut HSA.

Miracle Gold Candy didakwa dapat "meningkatkan kekuatan dan kesihatan kaum lelaki", manakala C4 Candy didakwa berupaya "memanjangkan syahwat" dan "membantu mereka yang menghidap gout, penyakit kencing manis dan darah tinggi".

Kedua-dua produk itu diuji oleh HSA dan didapati mengandungi tadalafil, iaitu ubat preskripsi yang digunakan untuk merawat mati pucuk.

"Hakikatnya, Miracle Gold Candy mengandungi sehingga 30 kali ganda dari dos harian biasa tadalafil," menurut HSA.

"Ini boleh meningkatkan risiko angin ahmar dan serangan jantung dengan ketara."

Para pegawai Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) memaklumkan HSA tentang Miracle Gold Candy setelah mengesan import produk-produk itu.

HSA dimaklumkan tentang C4 Candy oleh orang awam yang mengesyaki produk itu dibubuh dengan bahan lain.

Para pengguna dinasihatkan supaya berhenti mengambil kedua-dua produk dengan segera dan berjumpa doktor jika mereka berasa kurang sihat atau khuatir terhadap kesihatan mereka.

HSA juga menerima maklum balas daripada seorang pengguna yang mengatakan Coco Hotz Cocoa Drink mungkin ditambah  dengan bahan lain kerana ia mendakwa "dapat membakar lemak dengan pantas" dan "mengawal selera makan".

Produk itu diuji oleh HSA dan didapati mengandungi dexamethasone, sejenis steroid yang kuat.

"Penggunaan ubat steroid untuk jangka panjang tanpa pemantauan boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius termasuk tahap glukosa dalam darah yang meningkat (yang boleh menyebabkan penyakit kencing manis) dan sindrom Cushing (muka bulat dan obesiti pada bahagian atas tubuh dengan anggota badan yang kurus serta keadaan perubatan lain yang berkaitan seperti tekanan darah tinggi)," menurut HSA.

Para pengguna yang mengambil minuman itu dinasihatkan supaya berjumpa doktor dengan segera. Berhenti menggunakan ubat steroid tanpa pemantauan perubatan yang betul boleh menyebabkan simptom penarikan yang serius seperti kelesuan, kecelaruan dan tekanan darah rendah.

"Kesemua penjual dan pembekal mesti berhenti daripada menjual produk-produk ini dengan segera. HSA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas terhadap sesiapa yang didapati menjual dan membekalkan produk yang didapati mengandungi bahan ubat-ubatan berbahaya," menurut HSA.

Para penjual dan pembekal boleh didakwa dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga dua tahun dan/atau didenda sehingga S$10,000.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat tentang penjualan dan pembekalan produk-produk haram boleh menghubungi Cawangan Penguatkuasaan HSA di 6866 3485 semasa waktu pejabat, atau menghantar emel kepada [email protected]. - Berita Mediacorp

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad