web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Singapura Kesan Lebih 3,000 Kes COVID-19 Pada 5 Oktober

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2021 12:04PM

Seorang petuga kesihatan menjalankan ujian saringan COVID-19 ke atas seorang pekerja asing di asrama pekerja migran di Singapura pada 27 April 2020. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Singapura mengesan lebih 3,000 kes baharu COVID-19 pada semalam jumlah tertinggi dicatatkan sejak pandemik bermula tahun lalu.

Daripada 3,486 kes baharu, Kementerian Kesihatan republik itu memaklumkan sebanyak 2,767 adalah kes tempatan, 713 di asrama pekerja migran, dan enam kes import.

Dalam kemas kini datanya, menurut kementerian itu 1,512 kes masih menerima rawatan di hospital, 247 memerlukan bantuan oksigen dan 34 di unit rawatan rapi (ICU).

Sementara itu, taklimat terkini Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian memaklumkan Singapura menyaksikan peningkatan kes COVID-19 sebanyak 5,000 sehari dalam tempoh dua minggu, dengan sebahagian besar pesakit mengalami gejala ringan atau tidak bergejala.

Sepanjang 28 hari lepas, daripada 40,396 individu yang dijangkiti, 98.3 peratus tidak bergejala atau bergejala ringan, 1.4 peratus perlukan bantuan oksigen, 0.1 peratus memerlukan rawatan ICU, dan 0.2 peratus meninggal dunia.

Menurut Kementerian Kesihatan, sembilan lagi kematian dilaporkan pada Selasa, semua korban adalah warga emas Singapura atau Penduduk Tetap dengan tiga daripadanya tidak divaksinasi sementara dua lagi belum lengkap dos vaksin COVID-19.

Secara keseluruhan, 130 meninggal dunia di republik itu berikutan komplikasi jangkitan COVID-19.

Pada 4 Oktober, 83 peratus populasi republik itu telah lengkap dua dos vaksin COVID-19 manakala 85 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Setakat ini, 321,228 individu sudah disuntik dos penggalak.

Sehingga tengah hari Selasa, jumlah kes adalah 109,804 dengan 23,463 kes aktif. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar