web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selepas 17 Tahun Bertungkus Lumus, Jovian Mandagie Ambil Keputusan Undur Diri 

Peminat jenama fesyen ini masih punya masa untuk berbelanja di jualan penghabisan di cawangan Shah Alam sehingga jam 12.00 tengah malam ini.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2024 4:46PM

Gambar - Instagram

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie, 38, mengambil keputusan untuk menghentikan operasi perniagaannya selepas 17 tahun beroperasi di negara ini. 

Bagaimanapun, pengunduran jenama Jovian Mandagie ini hanyalah bersifat sementara.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Jovian memberitahu beliau kini sudah bersedia untuk satu perubahan dan meneroka perkara yang benar-benar mendorong dirinya. 

“Selepas 17 tahun melalui perjalanan yang luar biasa dalam fesyen bersama Jovian Mandagie & Jovian RTW, bersama pasukan yang hebat, saya telah mendapat banyak peluang dan keistimewaan untuk menghasilkan rekaan untuk golongan elit dan diraja di seluruh dunia.

“Kami telah melancarkan banyak koleksi dan berpakaian untuk jutaan rakyat Malaysia, meneroka pelbagai kategori fesyen yang tidak dijangka dalam kehidupan. Sungguh menggembirakan melayani anda semua, Jovianista yang dikasihi.

“Namun, seiring berjalannya waktu, saya telah menyedari bahawa saya sudah bersedia untuk satu perubahan, untuk meneroka apa yang benar-benar mendorong saya.

“Industri fesyen semakin berkembang, begitu juga dengan saya. Daripada seorang pereka fesyen, saya beralih kepada ahli perniagaan.

Lantaran itu, saya memutuskan untuk menghentikan operasi perniagaan ini untuk sementara dalam masa dua minggu,” tulis beliau.

Dalam masa yang sama, Jovian juga turut mengumumkan tentang clearance sale bagi memberi peluang kepada semua peminat kedua-dua jenama ini berbelanja koleksi pakaian dan aksesori fesyen pada harga runtuh. 

“Kami menjemput anda berbelanja dengan kami buat kali terakhir sebelum kami menutup pintu. Sokongan anda sepanjang 17 tahun yang lalu merupakan hadiah terhebat kepada kumpulan Jovian Mandagie,” tulisnya lagi.

Jualan penghabisan stok ini berlangsung mulai hari ini di semua cawangan jenama ini. Mereka yang tinggal berhampiran dengan cawangan Seksyen 7 Shah Alam, boleh mengunjungi butik Jovian Mandagie sehingga jam 12.00 tengah malam ini.

Jika anda tidak punya masa ke salah satu butik, bolehlah berbelanja di https://jovian.com.my/. - Getaran, 10 Mei 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN