web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahli Gusti WWE Pertama Singapura Menang Pada Debutnya

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2021 12:13PM

Tan beraksi di pentas WWE. - Gambar dari Twitter DantaChenWWE

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Sean Tan, ahli gusti pertama dari Singapura yang menyertai World Wrestling Entertainment (WWE), menang perlawanan penampilan pertamanya pada Selasa lalu.

Bertanding menggunakan nama jolokan Dante Chen, dia yang berusia 25 tahun mengalahkan lawan dari Amerika Syarikat (AS) Trey Baxter dalam WWE NXT, rancangan televisyen gusti profesional, dalam masa kurang dari seminit dengan satu aksi penyudah yang tidak dinamakan.

Dalam satu ciapan di Twitter Tan berkata: “Berusaha untuk kemenangan, ia akan membawa kepada kejuaraan. 1-0 #WWENXT #WWE #DanteChen”

Untuk jangka masa beberapa bulan lepas, beliau berlatih disamping beberapa lagi bakat dari Asia di WWE Performance Center di Florida, di mana rekrut WWE baharu yang lain dilatih dan bakat mereka diasuh.

Tan mengambil bahagian dalam sesi mencari bakat WWE di Shanghai dua tahun lalu, yang melibatkan 40 atlet dari China, Hong Kong, Japan, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand.

Beliau dan dua lagi bakat dari China, Feicheng Wang dan Jie Yin, telah direkrut daripada sesi mencari bakat itu

Tan mendapat ilham untuk berkecimpung dalam sukan gusti selepas menghabiskan usia remajanya bermain permainan video yang menampilkan pengusti WWE, termasuk idolanya dan ahli ‘hall of fame’ WWE Shawn Michaels.

Pada tahun 2012, dia menyertai sekolah gusti profesional SG Pro Wrestling (SPW), berlatih dan bertanding menggunakan nama jolokan Trexxus.

Untuk mempersiapkan fizikalnya, bekas juara Asia Tenggara SPW itu mencipta rutin latihan kecergasannya sendiri dan membaca tentang bina badan dan pemakanan.

Beliau juga cuba untuk membahagi masa bekerja sambilan sebagai pelayan banquet dengan pengajian perniagaan di Kolej ITE  dan pengajian pengurusan kesihatan dan promosi di Politeknik Republic untuk membiayai yuran keahlian SPWnya.

Tan tidak dapat memberi komen selepas kemenangannya tetapi bulan lepas, ketika membincangkan tentang masa depannya bersama WWE, memberi tahu The Straits Times:

“Semua orang ada perjalanan yang berbeza bergantung kepada kemajuan.

“Sesetengah orang memerlukan hanya beberapa bulan sebelum beraksi buat pertama kali di kaca televisyen, ada yang memakan beberapa tahun.

“Saya tidak tahu bila akan muncul di TV, hanya masa akan menentukan.” - The Straits Times

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Penggusti APAC Sedia Bersaing Dengan Jaguh Dunia Di Jepun Dan AS

2

TARA 4 tahun yang lalu

Dari Gelanggang Ke Filem, Nor 'Phoenix' Diana Bukan Gadis Biasa

3

Semasa 4 tahun yang lalu

RTM Sedia Bantu Promosi Sukan Gusti Tempatan

4

TARA 5 tahun yang lalu

Wrestlemania Kembali Gemilang?

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad